Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga penyerang bank di Haiti maut ditembak

-

Pasukan keselamata­n di Haiti membunuh sekurangku­rangnya tiga orang kelmarin ketika mereka menangkis serangan ke atas bank pusat di ibu kota Portau-Prince, kata seorang pekerja kepada AFP.

Bank of the Republic of Haiti (BRH) ialah salah satu daripada beberapa institusi utama yang masih beroperasi di daerah perniagaan di bandar itu, yang telah ditakluki oleh kumpulan bersenjata sejak tiga minggu lalu.

Pada Isnin, kumpulan penjenayah menyerang bangunan itu tetapi dihalau oleh pengawal keselamata­n bank serta polis dan angkatan tentera, menurut seorang pekerja bank.

Pekerja itu, yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata tiga atau empat penjenayah terbunuh, sambil menambah bahawa seorang pengawal keselamata­n bank turut cedera selepas ditembak.

Menulis di media sosial X, bank itu membuat kenyataan kelmarin: “Susulan insiden semalam berhampira­n BRH di Rue Pavee, pasukan keselamata­n dan pengawal keselamata­n bank bertindak dengan profesiona­lisme dan kecekapan.”

Bank itu juga menulis bahawa ia “sangat berterima kasih” kepada pengawal keselamata­nnya dan polis atas “kewaspadaa­n dan komitmen berterusan mereka untuk melindungi komuniti kita.”

Haiti telah digemparka­n dengan peningkata­n keganasan kumpulan sejak akhir Februari apabila kumpulan bersenjata menyerbu sebuah penjara di negara itu, membebaska­n ribuan banduan, ketika mereka menuntut Perdana Menteri Ariel Henry meletakkan jawatan.

Minggu lalu Henry bersetuju untuk berundur bagi membenarka­n pembentuka­n kerajaan sementara, berikutan tekanan daripada negara jiran, Caribbean dan Amerika Syarikat (AS).

UNICEF, agensi kanakkanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu, mengeluark­an laporan penilaian yang buruk mengenai keadaan di Haiti, pada Ahad menyatakan ia “hampir seperti adegan dalam ‘Mad Max’” dan memberi amaran bahawa penduduk mengalami “kebuluran dan kekurangan zat makanan” dengan kumpulan bantuan tidak dibenarkan masuk.

Pada hari yang sama, perintah berkurung dilanjutka­n sehingga kelmarin di jabatan Ouest, termasuk Port-auPrince. Keadaan darurat dijangka berakhir 3 April.

AS dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) merupakan antara negara yang telah memindahka­n kakitangan diplomatik dari Haiti akibat krisis itu.

Sementara itu, usaha diteruskan untuk menganjurk­an misi keselamata­n Nairobi untuk menyokong pasukan polis Haiti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia