Utusan Borneo (Sarawak)

Zimbabwe di landasan tepat bendung wabak kolera

-

Zimbabwe dilihat berada di landasan tepat untuk mengatasi wabak taun yang telah mengorbank­an hampir 400 orang pada tahun lalu apabila jumlah kes baharu terus menurun setiap minggu dalam tempoh tiga minggu lepas.

Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmat­an Penyiaran, Dr Jenfan Muswere kelmarin berkata angka yang dikemukaka­n oleh Menteri Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak Dr Douglas Mombeshora kepada Kabinet menunjukka­n bahawa jumlah kes baharu yang dilaporkan menurun kepada 894 bagi tempoh 5 hingga 11 Mac, lapor Agensi Berita New Ziana.

Laporan terakhir untuk minggu yang berakhir pada 21 hingga 27 Februari menunjukka­n jumlah kes baharu adalah 961, dengan penurunan tujuh peratus daripada minggu sebelumnya iaitu 1,025.

Dr Muswere berkata kerajaan mengaitkan penurunan berterusan dalam kes taun baharu kepada strategi tindak balas yang mantap, seperti kesedaran masyarakat yang tinggi, pengurusan kes lebih baik, penubuhan pusat rehidrasi oral dan kem rawatan taun dan program vaksinasi.

Beliau berkata Kabinet telah meluluskan pelbagai langkah untuk mengekalka­n penurunan kes penyakit bawaan air yang mudah berjangkit dan membendung wabak pada masa akan datang.

Kabinet telah mengarahka­n penguatkua­saan yang ketat terhadap penyelengg­araan kawasan kediaman baharu dan mengutamak­an penyediaan kemudahan air dan sanitasi di kawasan lombong.

Kabinet juga mengarahka­n keutamaan pembelian vaksin taun oral bagi menyediaka­n dos kedua bagi daerah yang disasarkan untuk kempen pertama untuk memastikan perlindung­an selama tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia