Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas murid tahun dua gagal saman guru

Guru didakwa pukul plaintif guna penyapu sehingga menerima lima jahitan di kepala

- Nor Rajiah Mat Zin Hakim Mahkamah Sesyen Selayang

KUALA LUMPUR: Seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang, gagal dalam samannya terhadap tiga pihak termasuk seorang bekas guru sekolah itu atas dakwaan memukul menggunaka­n penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala.

Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktika­n tuntutanny­a terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM5,000 dibayar kepada defendan pertama dan RM5,000 kepada defendan kedua serta ketiga.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin, menolak saman dikemukaka­n pelajar berkenaan kini berumur 13 tahun yang diwakili bapanya selaku plaintif, terhadap guru wanita berumur 60 tahun, guru besar sekolah sama dan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama hingga ketiga.

“Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktika­n tuntutanny­a terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM5,000 dibayar kepada defendan pertama dan RM5,000 kepada defendan kedua serta ketiga,” kata hakim itu.

Nor Rajiah berkata berdasarka­n keterangan saksi, plaintif berada di tempat kejadian, namun ia tidak disokong oleh saksi lain yang berada di situ.

“Ia hanya disokong oleh keterangan saksi plaintif iaitu pegawai penyiasat dan bapa plaintif yang tidak berada di tempat kejadian. OIeh itu, plaintif gagal membuktika­n kesnya pada imbangan kebarangka­lian,” katanya.

Prosiding itu dihadiri peguam Azmer Md Saad mewakili pelajar itu dan peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Mohd

Zali Shaari mewakili guru berkenaan, serta Peguam Kanan Persekutua­n Nur Aifaa Che Abdullah bertindak bagi pihak guru besar dan kerajaan.

Sementara itu, Azmer ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam atau hari ini.

Perbicaraa­n kes itu bermula tahun lepas dengan tiga saksi plaintif dan lapan saksi defendan memberi keterangan.

Dalam saman difailkan pada 17 Oktober 2022, plaintif ketika itu berumur lapan tahun mendakwa, semasa sesi pembelajar­an mata pelajaran

Bahasa Melayu pada 3 petang, 18 Oktober 2019, dia dan seorang lagi murid nampak guru berkenaan sedang mengejar seorang lagi rakan sekelasnya sambil memegang sebatang penyapu.

Plaintif mendakwa semasa dia dalam perjalanan kembali ke tempat duduk, guru berkenaan secara tiba-tiba memukul kepalanya menggunaka­n penyapu itu dan dia mengalami kecederaan serta pendarahan yang banyak.

Hasil pemeriksaa­n di sebuah klinik kesihatan di Gombak, mendapati dia mengalami kecederaan di bahagian atas kepala dan menerima lima jahitan, serta kepalanya terpaksa dibalut bagi menutup luka.

Susulan itu, bapa plaintif membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 6.45 petang, hari yang sama dan meminta guru itu memberi penjelasan dan guru berkenaan menyatakan bahawa mangsa dipukul kerana tidak berada di tempat duduk, ketika sesi pembelajar­an dalam kelas.

Dakwa plaintif, kegagalan kesemua defendan untuk memastikan plaintif dibimbing dengan baik sepanjang berada di sekolah dan berada di dalam keadaan selamat sepanjang masa sesi persekolah­an berlangsun­g, menyebabka­n guru berkenaan mendatangk­an kecederaan yang dialami plaintif.

Berdasarka­n pernyataan pembelaan difailkan defendan pertama (guru) pada 20 Dis 2022, wanita itu mendakwa beliau tidak pernah memukul kepala plaintif atau muridmurid lain menggunaka­n penyapu atau mana-mana bahagian penyapu.

Guru berkenaan berkata kecederaan dialami plaintif itu akibat kenakalann­ya sendiri, yang mana plaintif terhantuk dan terkena bucu kayu (tempat letak kapur) papan hitam lama yang diletakkan papan putih di atasnya, ketika plaintif cuba meloloskan diri dari tempatnya tersekat di antara meja guru dan papan putih. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI PERBICARAA­N: Ibu bapa kepada seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang hadir di Mahkamah Sesyen Selayang semalam.
— Gambar Bernama HADIRI PERBICARAA­N: Ibu bapa kepada seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang hadir di Mahkamah Sesyen Selayang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia