Utusan Borneo (Sarawak)

AGC belum buat keputusan berhubung representa­si Inspektor Sheila untuk batal pertuduhan

-

Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representa­si yang difailkan pegawai polis berpangkat Inspektor dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ bagi membatalka­n pertuduhan menyebabka­n kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memberitah­u Majistret Illi Marisqa Khalizan representa­si yang dikemukaka­n inspektor tular itu atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, masih lagi dalam semakan AGC dan memohon tarikh perbicaraa­n ditetapkan sementara representa­si itu diputuskan.

Hakim kemudianny­a menetapkan 10 dan 11 Jun ini sebagai tarikh perbicaraa­n kes manakala 16 Mei ditetapkan untuk sebutan bagi mengetahui perkembang­an representa­si berkenaan.

Pada 8 Nov tahun lepas Sheila, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyika­n hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabka­n kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat belibelah di Brickfield­s di sini pada 5.26 petang 16 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Sementara itu peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding berkata sekiranya keputusan representa­si memihak kepada anak guamnya pada 16 Mei ini, perbicaraa­n tidak akan dijalankan.

“Anak guam saya juga mempunyai satu lagi kes yang akan disebut di Mahkamah Majistret Selayang esok (hari ini),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MASIH TERGANTUNG: Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan berhubung representa­si difailkan ‘Inspektor Sheila’ bagi membatalka­n pertuduhan menyebabka­n kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lepas.
— Gambar Bernama MASIH TERGANTUNG: Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan berhubung representa­si difailkan ‘Inspektor Sheila’ bagi membatalka­n pertuduhan menyebabka­n kegusaran awam di sebuah pusat beli-belah, Jun tahun lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Bekas pengarah sebuah syarikat dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memberikan bonus RM400,000 untuk diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, enam tahun lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Bekas pengarah sebuah syarikat dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memberikan bonus RM400,000 untuk diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, enam tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia