Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet Rusia, Belarus yang menyertai Olimpik Paris dilarang sertai majlis pembukaan

- — AFP

Pengurusan tertinggi Olimpik mengumumka­n pada Selasa bahawa atlet dari Rusia dan Belarus yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris di bawah bendera berkecuali pada musim panas ini, tidak akan dapat menyertai majlis pembukaan rasmi.

Atlet Berkecuali Individu (AIN), dari kedua-dua negara “tidak akan terlibat dalam perarakan delegasi dan pasukan semasa majlis pembukaan rasmi kerana mereka adalah atlet individu,” kata pengarah Jawatankua­sa Olimpik

Antarabang­sa (IOC), James Macleod selepas satu mesyuarat lembaga eksekutif IOC di sini.

“Tetapi satu peluang akan diberikan kepada mereka untuk merasai pengalaman Sukan Olimpik,” tambah Macleod.

AIS akan berada di kawasan perasmian tetapi tidak akan tersenarai sebagai penumpang dalam perarakan bot di Sungai Seine pada 26 Julai.

Macleod berkata senario itu mirip kepada Sukan Olimpik Barcelona pada 1992 untuk “Penyertaan Bebas Olimpik” dari negara bekas Yugoslavia.

“Keputusan berhubung penyertaan AIN dalam majlis penutupan akan dibuat di peringkat lain, dengan mengambil pertimbang­an bahawa ia bukan pasukan yang memasuki majlis penutupan, tetapi semua atlet menyertain­ya bersamasam­a.”

Atlet dari Rusia dan Belarus sudah digantung dari menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpik, bermula di Paris pad 28 Ogos, lebih dua minggu selepas Sukan Olimpik berakhir.

IOC pada bulan Disember menggantun­g Rusia dari Sukan Olimpik Paris tetapi memberikan lampu hijau kepada atlet dari Rusia dan Belarus bertanding atas tiket berkecuali selagi mereka tidak secara aktif menyokong perang di Ukraine.

Atlet dari Rusia dan Belarus berdepan pelbagai penggantun­gan dari beberapa sukan sejak Moscow melancarka­n serangan ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Sejak tahun lepas, beberapa sukan Olimpik mengurangk­an sekatan, membenarka­n atlet dari kedua-dua negara kembali bertanding di bawah syarat tertentu.

Bagaimanap­un, atlet Rusia dan Belarus masih digantung dari sukan olahraga.

Macleod menambah bahawa ketika ini ada 12 AIN dengan pasport Rusia dan tujuh dengan pasport Belarus yang layak ke Sukan Olimpik 2024, daripada 6,000 kuota yang diperuntuk­kan untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia ketika ini meramalkan bahawa “dalam satu kemungkina­n, 36 AIN dengan pasport Rusia dan 22 AIN dengan pasport Belarus akan layak untuk Sukan Olimpik”.

Jumlah maksima, yang menurut Macleod tidak akan dicapai, ialah masing-masing 55 dan 28.

Kira-kira 330 atlet Rusia dan 104 dari Belarus menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang tertangguh penganjura­nnya pada 2021.

IOC berkata AIN akan memiliki bendera mereka sendiri dan lagu rasmi tanpa lirik. Pingat yang dimenangi oleh AIN tidak akan dipamerkan dalam kedudukan rasmi tangga pingat.

“Tiada bendera, lagu rasmi, warna atau sebarang bentuk pengenalan Rusia atau Belarus akan dipamerkan di Sukan Olimpik Paris 2024 di mana-mana venue rasmi atau majlis rasmi,” kata IOC.

“Tiada kerajaan atau pegawai kerajaan Rusia atau Belarus akan dijemput atau diiktiraf untuk Sukan Olimpik Paris 2024.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia