Utusan Borneo (Sarawak)

Sabalenka tekad teruskan permainan

Pemain tenis wanita itu dikejutkan dengan berita kematian teman lelakinya

-

MIAMI: Pemain tenis wanita ranking nombor dua dunia, Aryna Sabalenka, berhasrat untuk bermain dalam kejohanan Terbuka Miami minggu ini, menurut penganjur kejohanan pada Selasa, berikutan dengan kematian teman lelakinya yang didakwa membunuh diri.

Bekas pemain hoki ais dari Belarus, Konstantin Koltsov meninggal dunia pada Isnin, menurut pihak polis, selepas melompat dari berada sebuah bilik peranginan mewah di Miami. Dia berusia 42 tahun.

Sabalenka, pemenang dua kejuaraan perseorang­an wanita Grand Slam, tiba untuk menjalani latihan di Stadium Hard Rock, venue kejohanan Terbuka Miami pada awal petang Selasa dan kemudian pihak penganjur berkata dia tidak meminta untuk menarik diri dari kejohanan dan “berhasrat untuk bermain”.

Pemain berusia 25 tahun dari Minsk, yang memenangi kejuaraan perseorang­an Terbuka Australia pad 2023 dan mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka Australia awal tahun

ini, dijadual menentang Paola Badosa dari Sepanyol di pusingan kedua.

Jurucakap polis MiamiDade, Argemis Colome berkata dalam satu emel di mana pada Isnin, jam 12.39 pagi (waktu tempatan), polis “dipanggil ke Pusat Peranginan St. Regis Bal Harbour, berkaitan dengan seorang lelaki melompat dari beranda bilik.”

“Jabatan Polis MiamiDade,

Biro Homisid, bertindak dan menyiasat apa yang dikatakan perbuatan membunuh diri Konstantin Koltsov. Tiada perbuatan jenayah disyaki.”

Bal Harbour adalah satu daerah mewah di bahagian utara Pantai Miami, dikenali kerana pusat beli-belah mewah dan kediaman mewah.

Sabalenka kerap menjalani latihan di Miami dan mempunyai kediaman di bandar raya itu.

Pemain dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula, berkata para pemain menyedari berita tragik itu dan memberikan sokongan kepada Sabalenka.

“Saya fikir kami semua mendengar berita itu malam semalam dan kemudian berita itu disahkan pagi ini, sesuatu yang sangat mendukacit­akan,” katanya.

“Apa yang boleh anda lakukan ialah memberikan sokongan kepadanya. Anda tidak tahu bagaimana seseorang akan menerima atau bagaimana dia mahu berkabung dan semua orang berbeza.”

Kematian Koltsov sebelum itu disahkan oleh persekutua­n hoki Belarus.

Dia mempunyai tiga orang anak bersama bekas isterinya, Julia, yang diceraikan pada 2020 sebelum memulakan perhubunga­n dengan Sabalenka.

“Jabatan Polis Miami-Dade, Biro Homisid, bertindak dan menyiasat apa yang dikatakan perbuatan membunuh diri Konstantin Koltsov. Tiada perbuatan ” jenayah disyaki. Argemis Colome Jurucakap polis Miami-Dade

 ?? ?? SABALENKA
SABALENKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia