Utusan Borneo (Sarawak)

Perbezaan di antara kelab-kelab dalam Liga Perdana Inggeris, liga bawahan bola sepak Inggeris didedahkan

-

Perbezaan di antara kelab-kelab dalam Liga Perdana Inggeris dan liga bawahan bola sepak Inggeris didedahkan pada Selasa selepas kerajaan Britannia Raya (UK) memperkena­lkan rang undang-undang untuk memastikan satu kawal selia bebas menjadi satu undangunda­ng.

Pengatur sukan akan memiliki beberapa kuasa untuk memastikan kelestaria­n pengurusan kelab dan termasuk kemampuan untuk menghalang kelab dari menyertai pertanding­an ‘haram’ seperti Liga Super Eropah.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, yang mendapat faedah dari perjanjian hak penyiaran paling lumayan dalam sukan, berbalah dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mengenai perjanjian pembiayaan baharu untuk piramid bola sepak Inggeris.

Satu perjanjian bernilai sekitar 900 juta pound untuk tempoh enam tahun bagi liga bawahan, dan mengikat kepada pendapatan masa hadapan TV, tertangguh sejak beberapa bulan kerana perbalahan di antara kelabkelab Liga Perdana.

Kelab-kelab dalam Liga Perdana diberi amaran oleh kerajaan bulan lepas di mana kegagalan membiayai satu perjanjian akan bermakna satu tindakan juga akan dikenakan ke atas mereka.

Antara kuasa pengatur sukan ialah pilihan untuk campur tangan dan memastikan satu penyelesai­an dipersetuj­ui dengan mengkaji cadangan dari kedua-dua pihak dan menjadi pengikat perjanjian.

Pengerusi kelab West Ham United, David Sullivan, menyuaraka­n kebimbanga­n di kalangan kelab-kelab Liga Perdana di mana kedudukan penting mereka dalam dunia bola sepak boleh terjejas dengan pengatur sukan.

“Liga Perdana adalah liga terbaik di dunia,” kata Sullivan ketika memberitah­u penyiaran BBC.

“Ia adalah eksport besar – negara lain mahu membeli daripada kami dan kami secara umumnya sangat bagus di Eropah.

“Apa-apa yang mengurangk­an pendapatan kami akan menjadikan kami kurang kompetetif. Kami mungkin berhenti menjadi liga utama, jadi mereka mungkin menjejaska­n aset yang kami ada.”

Bagaimanap­un, semua dakwaan itu ditolak oleh pengerusi EFL, Rick Parry.

“Jurang semakin besar di antara Liga Perdana dan liga lain di Eropah, jadi idea di mana Liga Perdana dikawal atau tidak lagi kompetetif, saya tidak langsung melihat pertikaian ini masuk akal,” kata Parry.

Kerajaan komited untuk membawa pengatur sukan berikutan dengan semakan dirancang penyokong dalam bola sepak pada 2022, diketuai oleh bekas menteri sukan Tracey Crouch.

“Kelestaria­n kewangan yang baik dalam kelab bola sepak tidak akan memberikan impak negatif, saya fikir ia akan membantu mereka menyerlah,” kata Crouch.

“Salah satu perkara yang kami teliti dalam kajian sebenar ialah untuk memastikan bahawa kami sudah menilai impak cadangan kami ke atas saingan kompetetif domestik, dan kemampuan menarik bakat dan kami sudah mencapai kesimpulan bahawa semua itu tidak memberi kesan.

“Kerana sebenarnya, jika anda memikirkan dengan logik, apa yang kami lakukan ialah untuk melakukan kawal selia dan pentadbira­n yang lebih baik dalam bola sepak, yang akhirnya bermakna ia akan memberikan kejayaan berbanding masalah.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia