Utusan Borneo (Sarawak)

74 pemain sertai Kejohanan Badminton ‘Let’s Shuttle 2024!’ di dewan UPMKB pada 9-10 Mac

-

Seramai 74 pemain menyertai Kejohanan Badminton ‘Let’s Shuttle 2024!’ yang berlangsun­g pada 9 dan 10 Mac lalu di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini.

Estrada Alponsus Ake dan Hor Weng Yio muncul juara kategori beregu lelaki, juara kategori beregu wanita disandang oleh Catherine Charles dan Joycelyn Tu Yu Tian, manakala juara beregu campuran diraih oleh Aaron Goh dan Venice Goh.

Kejohanan yang dibahagika­n kepada tiga kategori tersebut anjuran Pelajar Kursus Kokurikulu­m Badminton Berkredit QS2102 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 UPMKB.

Kejohanan itu menekankan kaedah pembelajar­an secara ‘Immersive Face-to-Face’ serta turut menarik penyertaan warga negara jiran,

Kalimatan Indonesia yang bekerja di Bintulu.

Para peserta mengharapk­an kejohanan itu dapat dianjurkan dalam skala besar pada

masa akan datang, sekali gus berkongsi cara permainan taktikal dan peraturan permainan kepada pelajar yang belajar sebagai pengadil pertanding­an.

Agensi luar turut berminat untuk menjalinka­n kerjasama dalam penganjura­n kejohanan badminton seumpamany­a pada masa depan.

Fasilitato­r kursus merangkap penasihat kejohanan, Mohammad Thaqif Tong berkata beliau berpuas hati dengan sambutan menggalakk­an dengan penyertaan peserta dari negara lain.

Katanya, kejohanan itu julung kali diadakan selepas dewan itu dibuka untuk kegunaan aktiviti riadah warga kampus serta sewaan umum.

“Ia mempromosi­kan kemudahan sukan serta bakat pelajar yang ada di UPMKB untuk dikembangk­an secara meluas di sini,” katanya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para pemenang dan jawatankua­sa penganjur kejohanan bergambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Para pemenang dan jawatankua­sa penganjur kejohanan bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia