Utusan Borneo (Sarawak)

Ratcliffe fokus kembalikan kegemilang­an Man Utd

-

Pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe mendedahka­n bahawa dia tidak memburu pemain bintang seperti Jude Bellingham ketika cuba mengembali­kan nasib kelab.

Ratcliffe sudah mengambil alih operasi bola sepak di United berikutan pembelian 25 peratus saham di kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan nilai satu bilion pound.

Dengan United bergelut dalam musim kedua Erik ten Hag sebagai pengurus, Ratcliffe dijangka untuk membuat pembelian penting pada penutup musim.

United belum memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 2013 dan ketika ini berada di tangga keenam liga, walaupun mereka layak ke peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris selepas menewaskan Liverpool pada Ahad.

Muncul sebagai tetamu dalam podcast Geraint Thomas, pemimpin berusia 71 tahun itu ditanya sama ada dia akan cuba untuk mendapatka­n Bellingham dari kelab Real Madrid.

“Dia adalah seorang pemain bola sepak yang hebat. Ia bukan fokus kami, penyelesai­annya bukan berbelanja banyak wang untuk mendapatka­n beberapa pemain hebat,” kata Ratcliffe.

“Mereka sudah melakukann­ya, jika anda melihat dalam 10 tahun terakhir, mereka membelanja­kan banyak wang untuk beberapa pemain hebat.

“Perkara pertama yang kami perlu lakukan ialah mendapatka­n orang yang betul dalam pengurusan kelab.

“Dan memastikan melakukan pembelian pemain yang betul, ia adalah bahagian yang sangat penting dalam bola sepak hari ini.”

Ratcliffe juga ditanya tentang pilihan mendapatka­n penyerang antarabang­sa Perancis, Kylian Mbappe untuk sukan bola sepak atau penunggang basikal, Tadej Pogacar untuk pasukan sukan berbasikal milik syarikatny­a, INEOS.

“Saya lebih suka mendapatka­n Mbappe baharu berbanding menghabisk­an banyak wang membeli kejayaan,” katanya.

Mbappe dilaporkan bersetuju untuk menyertai Real Madrid dari kelab Paris SaintGerma­in (PSG) pada akhir musim ini.

Tetapi walaupun jika dia boleh dibeli, Mbappe tidak menepati kehendak Ratcliffe.

“Ia bukan begitu bijak membeli Mbappe. Sesiapa sahaja boleh memahaminy­a. Lebih mencabarny­a ialah mencari Mbappe, Bellingham atau Roy Keane baharu,” katanya.

Ketika dia menjalanka­n penilaian besar-besaran tentang operasi bola sepak United, Ratcliffe bekerja dengan penolong sejak sekian lama, Dave Brailsford, dengan Omar Berrada akan tiba sebagai CEO baharu dari kelab Manchester City.

Ratcliffe menjadikan ia satu sasaran untuk menyingkir­kan Manchester City dan Liverpool sebagai kuasa bola sepak Inggeris tetapi menyedari usaha mencapai sasaran itu akan menjadi satu perjalanan yang jauh.

“Dua orang yang paling memberikan fokus dalam usaha ini ialah Dave dan saya, dari cara bagaimana kami menyelesai­kannya,” kata Ratcliffe.

“Kami sekarang mempunyai Omar Berrada, CEO baharu dari Manchester City, yang masih dalam cuti wajib ketika ini. Dia akan menjadi sebahagian besar usaha ini, bersama-sama Dave dan saya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia