Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico keberatan lepaskan Griezmann

Penyerang Atletico itu dipanggil barisi skuad bola sepak kebangsaan Perancis untuk Sukan Olimpik Paris 2024

- — AFP

PARIS: Menurut RMC Sport, kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid, tidak mahu membenarka­n penyerangn­ya, Antoine Griezmann (32) bermain di Sukan Olimpik Paris bersama skuad bola sepak kebangsaan Perancis.

Ia dilaporkan bahawa Griezmann dipilih sebagai salah seorang dari tiga pemain lebih usia yang diinginkan oleh Thierry Henry untuk berada dalam skuad bawah 23 Tahun di Sukan Olimpik, bersama-sama Olivier Giroud (37) dan Kylian Mbappe (25).

Tiada apa yang telah diputuskan dalam kedua-dua kes, ketika Henry mempunyai beberapa bulan sebelum memuktamad­kan skuadnya, dan Atletico Madrid mungkin keberatan.

Bagaimanap­un, berdasarka­n situasi semasa, Atletico lebih suka Griezmann kekal di kelab ketika Sukan Olimpik berlangsun­g.

Ini terutama sekali kerana jurulatih kecergasan Atletico, Oscar Ortega, akan meletak jawatan pada akhir musim ini dan penggantin­ya untuk pramusim pertama ketika

Sukan Olimpik berlangsun­g, mempunyai kaitan dengan perbincang­an di antara ketua jurulatih, Diego Simeone dan Griezmann.

Kebimbanga­n lain buat Atletico ialah Griezmann dijangka akan disenaraik­an dalam skuad Perancis untuk Euro 2024, beberapa minggu sebelum Sukan Olimpik.

Bermain dalam dua kejohanan ini akan memberikan kesan fizikal ke atas penyerang yang dianggap veteran selepas satu musim yang panjang di kelab, dan juga bermakna dia memulakan musim baharu tanpa satu tempoh rehat atau pramusim bersama kelab.

Walaupun dengan semua ini, Griezmann menjelaska­n bahawa dia mahu menjadi sebahagian dari skuad Olimpik.

“Saya belum bercakap mengenai perkara ini dengan jurulatih tetapi ia adalah satu impian bagi saya. Jika saya dipanggil, saya meletakkan tekanan ke atas mereka (kelab) untuk membenarka­n saya. Ia satu impian, ia satu sasaran, ia berlangsun­g di Perancis. Sukan Olimpik, semua orang akan menonton. Saya mahu menyertain­ya dan saya mahu bermimpi untuk dapat merasai pengalaman­nya.”

AKhirnya, semuanya bergantung kepada Atletico sama ada dia akan bermain atau tidak di Sukan Olimpik.

Badan induk bola sepak dunia (FIFA), tidak menganggap Sukan Olimpik diiktiraf sebagai kejohanan antarabang­sa, dan kerana itu ia bergantung kepada keputusan kelab sama ada mahu melepaskan pemain untuk skuad kebangsaan atau tidak.

“Saya belum bercakap mengenai perkara ini dengan jurulatih tetapi ia adalah satu impian bagi saya. Ia satu impian, ia satu sasaran, ia berlangsun­g di ” Perancis. Antoine Griezmann Penyerang Atletico Madrid

 ?? GRIEZMANN ??
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia