Utusan Borneo (Sarawak)

KPM sasar kembalikan permulaan sesi akademik pada Januari bermula 2026

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan (KPM) menyasarka­n untuk mengembali­kan permulaan sesi akademik persekolah­an kepada setiap Januari bermula 2026, Dewan Negara diberitahu.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh tentang rancangan jangka masa panjang KPM untuk sesi persekolah­an dikembalik­an pada Januari, bukan Mac.

“Sesi pembukaan sekolah yang bermula pada Mac (pada masa ini) akan kita kembalikan kepada Januari (bermula) 2026, ini komitmen penting untuk kembalikan sesi akademik (prapandemi­k). Insya-Allah pada Januari 2026,” katanya.

Kalendar akademik dalam negara terpaksa diubah bermula Mac sejak 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas dilaporkan berkata kerajaan telah memulakan usaha menyusun dan mengawal Kalendar Akademik Persekolah­an bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 bagi memastikan sesi persekolah­an pada 2026 dapat berlangsun­g pada Januari hingga Disember.

Sementara itu, dalam sesi soal jawab berasingan, Fadhlina berkata, KPM sedang merealisas­ikan cadangan melanjutka­n dasar pendidikan wajib sehingga ke peringkat sekolah menengah.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangk­an pada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mendapatka­n kelulusan dasar sebelum draf rang undang-undang pendidikan melibatkan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) digubal dan dimuktamad­kan.

“Cadangan ini dalam proses mendapatka­n ulasan daripada kementeria­n-kementeria­n lain yang berkaitan. Selepas proses itu selesai, dasar tersebut akan dibawa ke Parlimen,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr R. Nelson yang ingin tahu status terkini dasar mewajibkan pengajian sekolah menengah dalam negara dan sasaran pelaksanaa­n sepenuhnya bagi mengelakka­n keciciran pelajar sekolah rendah.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Fadhlina ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama PERJELAS: Fadhlina ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia