Utusan Borneo (Sarawak)

Menakutkan pengawal keselamata­n dengan parang, warga emas kena bon menjaga keamanan enam bulan

-

Mahkamah Majistret semalam memerintah­kan seorang warga emas untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat menakutkan seorang pengawal keselamata­n menggunaka­n sebilah parang kerana lambat membuka kunci tayar kenderaan di Hospital Umum Sarawak (HUS), minggu lalu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah­kan Chai Fah Kiong, 58, untuk menyempurn­akan bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500 berserta seorang penjamin selepas dia mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 67

Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh pada pagi 14 Mac 2024 telah meletakkan kenderaan miliknya di tempat larangan di HUS dan ini menyebabka­n tayar kenderaan tertuduh dikunci oleh pihak pengurusan HUS.

Tertuduh kemudian membayar kompaun RM50 untuk membuka kunci tayar kereta tersebut, namun pihak pengurusan HUS lambat membuka kembali kunci itu.

Semasa kejadian, tertuduh mengeluark­an sebilah parang dari belakang keretanya sebanyak dua kali dan berjalan mundar-mandir di kawasan tersebut dengan memegang parang berkenaan.

Tertuduh bagaimanap­un menyimpan semula parang tersebut di dalam keretanya setelah dinasihati pengawal keselamata­n bertugas (pengadu).

Pengadu yang berasa khuatir dan tidak selamat dengan tindakan tertuduh membuat laporan polis, terutamany­a selepas dinasihati penyeliany­a kerana tindakan tertuduh yang tidak wajar itu telah mendatangk­an ketakutan kepada petugas HUS dan orang awam.

Berikutan itu, selang beberapa hari kemudian iaitu pada 17 Mac 2024, tertuduh ditangkap oleh polis.

Hasil siasatan mendapati rakaman kamera litar tertutup menunjukka­n tertuduh jelas memegang sebilah parang semasa kejadian, malah terdapat saksi mata yang turut melihat perbuatan tertuduh.

Difahamkan juga, sebagai pengajaran kepada tertuduh dan untuk mengelak kejadian sebegini berulang, tertuduh diperintah­kan untuk menyempurn­akan bon bagi menjaga keamanan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia