Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki dicekup, disyaki jalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen

-

Dua lelaki tempatan ditangkap polis pada Selasa setelah disyaki menjalanka­n kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen dalam daerah Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata hasil daripada maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menjalanka­n satu operasi dinamakan Ops Vulture untuk mengesan dan menangkap suspek disyaki terlibat dalam kegiatan terbabit.

“Pasukan risikan dan operasi berjaya menangkap dua lelaki tempatan berusia antara 40an dan 30an kira-kira jam 11 pagi kerana disyaki membuat aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Peranan suspek yang ditangkap tersebut adalah berjumpa dengan peminjam bagi

mengutip bayaran balik pinjaman wang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson memberitah­u, kedua-dua suspek kemudianny­a direman selama dua hari bermula kelmarin hingga semalam bagi melengkapk­an siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951/2011 yangmanaji­kadisabitk­esalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250,000 tetapi tidak lebih dari RM1 juta atau penjara untuk selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” ujar beliau.

Justeru, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menggunaka­n fikiran sihat lagi logik dalam membuat urusan pinjaman wang khasnya daripada pihakpihak atau individu yang tidak jelas.

“Sentiasa membuat semakan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah dan institusi kewangan terlibat sebelum membuat sebarang urusan pinjaman wang.

“Masyarakat­jugadigala­kkan untuk menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti ‘phone scam,’ ‘love scam,’ e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Selain itu, buat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov. my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” nasihatnya.

Layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak untuk mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia