Utusan Borneo (Sarawak)

PM mahu penguatkua­saan lebih kerap tangani isu beras tempatan di pasaran

- Dari Muka 1

Mengenai kekurangan BPT dalam pasaran, beliau berkatames­yuaratNACC­OLturut mendedahka­n bahawa negara mempunyai 150,000 metrik tan beras tempatan untuk diedar, tapi ia tidak mencukupi untuk semua.

Anwar berkata, ketika ini BPT dijual dan diedar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada harga RM26.

“Namun kenyataann­ya ialah harga beras, gula, minyak mentahkita(Malaysia)palingmura­h di Asia Tenggara dan ia tidak diberi penekanan,” katanya.

Pada 19 Mac lepas, Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) memaklumka­n harga BPI turun antara RM2 hingga

RM3 di pasaran berkuat kuasa kelmarin.

Pada masa ini, harga runcit BPI di pasaran adalah sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, harga runcit BPI dijangka turun kepada RM35 untuk pek yang sama.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau berkata, Kerajaan MADANI bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras.

Anwar berkata, kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan menyasarka­n semula bantuan serta subsidi, seterusnya memastikan­nya ia sampai kepada rakyat yang memerlukan dan ia lebih dekat dengan makna keadilan.

“Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatk­an golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?

“Lantaran itu subsidi mesti diarahkan (disasarkan) semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir, dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa,” katanya.

Anwar turut memanjatka­n kesyukuran dan penghargaa­n kepada seluruh penjawat awam dan warga agensi kerajaan.

“Ikhtiar serta kudrat kalian untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat pasti akan mendatangk­an hasil, tidak hanya kepada kalian sahaja tetapi kepada negara,” kata Perdana Menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia