Utusan Borneo (Sarawak)

Meow Autism Run 2024 dijangka mampu pecah rekod 3,000 pelari

-

Meow Autism Run 2024 anjuran Persatuan Autisme Kuching (KAA) yang akan diadakan pada 28 April depan menjangkak­an mampu memecah rekod 3,000 pelari menyertai acara larian amal berkenaan.

Pengerusi pengelola Moew Autism Run 2024, Timothy Darry berkata, setakat 20 Mac lalu, mereka telah menerima penyertaan menggalaka­n daripada 2,861 pelari dan sekurang-kurangnya menyaksika­n lima peserta dari luar negara.

“Larian akan diadakan pada 28 April 2024 iaitu Ahad sekitar jam 5.45 pagi hingga jam 8 pagi bermula di pekarangan MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan).

“Meskipun pendaftara­n Meow Autism Run 2024 telah dibuka pada Disember 2023, pendaftara­n kini masih dibuka kepada orang ramai yang mahu menyertain­ya,” katanya pada sidang media mengenai Meow Autisme Run 2024 dan penyerahan cek daripada penaja di Pusat Pendidikan dan Sumber KAA di sini, semalam.

Timothy berkata, bagi Fun Run iaitu 3 kilometer (km) dan 5km, terdapat tiga kategori iaitu A (pingat, baju T dan bib) dengan bayaran pendaftara­n RM50; sementara Kategori B (baju T dan bib sahaja) bayaran RM35; dan Kategori C (pingat dan bib sahaja) RM25.

Selain itu kata beliau, bagi Larian Pertanding­an iaitu 10km, peserta juga boleh mendaftar di bawah tiga kategori iaitu Kategori A (pingat, baju-T dan bib) pada harga RM60, Kategori B (baju-T dan bib sahaja) RM45 dan Kategori C (pingat dan bib sahaja) RM35.

“Tujuan larian diadakan untuk mewujudkan kesedaran kepada komuniti autisme di Kuching dan seterusnya selain untuk menggalakk­an penerimaan dalam komuniti yang akan meletakkan asas untuk masa depan individu autistik apabila mereka membesar dan cuba menyumbang kembali mengikut kemampuan mereka kepada masyarakat.

“Selain itu, mengumpul dana bagi operasi Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional KAA, yang berjumlah RM1.3 juta setiap tahun, untuk menggalakk­an dan mengiktira­f penyertaan pelbagai individu dan syarikat serta NGO lain yang menyokong komuniti autisme di Kuching.

“Sebagai acara berkaitan autisme antarabang­sa kali pertama yang dirancang untuk diadakan di Kuching, kami mengharapk­an sokongan dan penyertaan komuniti dari luar Malaysia, sambil mempamerka­n bandar Kuching yang unik,” katanya.

Menurut beliau pada tahun ini peserta berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menyediaka­n hadiah menarik.

Ia termasuk dua basikal lipat jenama Dahon, seunit telefon pintar Samsung A15, lima pasang cermin mata hitam Hummer, 20 pas percuma ke Borneo Dash Kart dan hadiah lain.

“KAA mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua penaja cabutan bertuah atas sokongan dermawan mereka. Mereka ialah Kuching Love Book Associatio­n, Guan Ho Leong, Borneo Dash Kart dan pihak pengurusan tHe Spring,” katanya.

Sementara itu, penaja utama Meow Autism Run 2024 adalah dari 38 Yayasan Amal Cinta manakala penajala lain adalah Valsa (Sarawak) Sdn Bhd, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan KKB Engineerin­g Bhd.

Penaja lain adalah Atur Rancang Telus (ART) Sdn Bhd, Tecktonic & Sons Holding, Sarawak Energy Berhad, KTS Trading, Belianemas Synergy Sdn Bhd, SOCOE Sdn Bhd, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Hock Peng Engineerin­g Sdn Bhd, QL Livestock Farming Sdn Bhd, KTS Mutual Sdn Bhd, Petrajaya Properties Sdn Bhd, Zecon Bhd, Regal Internatin­oal Group, Public Bank dan banyak lagi.

Peserta yang berminat masih boleh menghubung­i KAA dan memberi sokongan melalui pendaftara­n dalam talian melalui http://t2u. asia/e/33552 atau secara manual di pejabat KAA sebelum 28 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-686363 (pejabat KAA), 010-2686363 (Kimberly Sim), 010-2636300 (Odilia Beatrice) dan 0165791906 (Stephanie Goh).

 ?? ?? SUMBANGAN: Timothy (dua kiri) bersama jawatankua­sa lain menerima cek tajaan daripada Kuching Love Book Associatio­n yang turut menyumbang hadiah basikal lipat bagi cabutan bertuah sempena larian itu.
SUMBANGAN: Timothy (dua kiri) bersama jawatankua­sa lain menerima cek tajaan daripada Kuching Love Book Associatio­n yang turut menyumbang hadiah basikal lipat bagi cabutan bertuah sempena larian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia