Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Darul Hana fasa kedua dijangka siap pada 2026

Ia bakal menempatka­n kira-kira 200 keluarga dari Kampung Panglima Seman Ulu dan Kampung Pulo Hilir: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Projek Darul Hana fasa kedua yang sedang dalam pelaksanaa­n dijangka siap pada tahun 2026.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fasa kedua itu bakal menempatka­n kira-kira 200 keluarga dari dua kampung iaitu Kampung Panglima Seman Ulu dan Kampung Pulo Hilir.

“Sekarang kita sedang membangunk­an fasa kedua (Darul Hana) di Sungai Bedaun yang sedang dalam pembinaan.

“Ia untuk keluarga tambahan fasa kedua Darul Hana yang menempatka­n 200 keluarga dan dijangka siap pada 2026,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar Darul Hana 2024 di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, kerajaan juga akan mengenal pasti satu lagi kawasan sebagai kawasan baharu bagi pembanguna­n projek Darul Hana berdekatan kampung sedia ada.

“Kita akan mengenal pasti satu lagi kawasan untuk membangunk­an projek di kampung berdekatan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaik­an sumbangan daripada Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) kepada 130 golo-ngan memerlukan dan anak yatim dari 13 kampung dalam kawasan Projek Pembanguna­n Darul Hana.

Mereka masing-masing menerima RM150 dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM19,500.

Ia bagi membantu mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ia untuk keluarga tambahan fasa kedua Darul Hana yang menempatka­n 200 keluarga dan dijangka siap pada 2026.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar LCDA Kusyairi Bostani menyampaik­an Zakat Perniagaan bagi tahun 2023 berjumlah RM1,910,187.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi.

Seramai lebih kurang 500 tetamu, termasuk kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat kampung Seberang Hilir, ketua-ketua jabatan dan agensi, media dan pihak berkepenti­ngan yang terlibat dalam Projek Pembanguna­n Darul Hana turut menghadiri Majlis Iftar Darul Hana 2024 itu.

Acara itu merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahunan LCDA untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan harapan dapat meringanka­n beban mereka yang tidak bernasib baik pada bulan Ramadan ini dan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 ?? — Gambar UKAS ?? SUMBANGAN: Abang Johari (tiga kanan) bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (dua kanan) menyaksika­n penyerahan Zakat Perniagaan daripada LCDA kepada TBS pada majlis tersebut kelmarin.
— Gambar UKAS SUMBANGAN: Abang Johari (tiga kanan) bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (dua kanan) menyaksika­n penyerahan Zakat Perniagaan daripada LCDA kepada TBS pada majlis tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia