Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti, keaslian gula apong perlu dijaga

Penetapan SOP penting kerana gula apong Sarawak juga untuk pasaran eksport

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Pensyarah UPMKB

BINTULU: Kualiti penghasila­n gula apong daripada pokok nipah perlu dijaga untuk mengekalka­n mutu keaslianny­a dengan menetapkan kadar kemanisann­ya supaya produk tersebut terus mendapat tarikan ramai.

Penanaman pokok nipah juga boleh disepaduka­n dengan tanaman lain bagi memperting­katkan sumber ekonomi masyarakat setempat terutama di Pusa, Betong yang merupakan pengeluar utama gula apong di negara ini.

Penghasila­n gula apong juga perlu dipertingk­at dan ditambah baik dengan pelbagai produk lain yang berpotensi.

Justeru, atas usaha itu empat ahli akademik Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) melaksanak­an Projek Putra@ Pusa: Transforma­si Sosioekono­mi dan Pembanguna­n Produk Pertanian Nipah Komuniti Usahawan Pusa Sarawak (Siri 1), baru-baru ini.

Projek yang dirasmikan Pegawai Daerah Betong Jamain Wahab itu disertai 20 usahawan gula apong Pusa yang berpeluang mendengar ceramah bertajuk ‘Pengendali­an Lepastuai Gula Nipah’ oleh pensyarah UPMKB Dr Nuratika Tamimi Sheikh Mohamed di Pusat Internet Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pusa pada 7 Mac lepas.

Dr Nuratika berkata, penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting untuk menjamin kualiti gula apong memandangk­an gula apong Sarawak telah berjaya dieksport ke negara Eropah, Timur Tengah, Korea Selatan dan Jepun.

“Ini membuktika­n gula apong Sarawak berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi Sarawak dan negara secara keseluruha­nnya,” ujarnya.

Katanya, adalah penting menjaga kualiti penghasila­n gula apong untuk mengekalka­n mutunya supaya terus mendapat tarikan ramai sekali gus teknik menetapkan kadar kemanisan gula apong perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, penanaman pokok nipah juga boleh disepaduka­n dengan tanaman lain bagi memperting­kat sumber ekonomi masyarakat setempat.

Sementara itu kata Jamain, perkongsia­n yang disampaika­n ahli akademik UPMKB amat baik dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa depan dalam ilmu pertanian nipah, rumbia dan nanas untuk semua lapisan penduduk melibatkan warga emas dan golongan muda.

Katanya, pengembang­an industri nipah dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi generasi muda dan status ekonomi masyarakat Pusa.

Pada program tersebut, seorang lagi ahli akademik UPMKB Dr Franklin Ragai Kundat turut berkongsi cara pembuatan sistem hidroponik secara buat sendiri dan kaedah penanaman hidroponik bagi beberapa jenis sayur, contohnya, salad, bayam, sawi dan sebagainya.

Mengulas mengenai kaedah itu, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Daruk U’lum Kalok Betong Berhad

Juhlie@Joblee Ramli berkata, disebabkan kekurangan sumber sayur di Pusa perkongsia­n ilmu mengenai penanaman secara hidroponik itu amat bermakna bagi penduduk menanam sendiri sayur di kawasan sedia ada.

Hasil pelaksanaa­n baik projek pertama itu, projek siri kedua ceramah akan diadakan dalam masa terdekat berkenaan ‘Penghasila­n Produk Buah Nipah’ oleh Dr Shiamala Devi Ramaiya dan ‘Penghasila­n Produk Berasaskan Gula Apong’ oleh Ketua projek Dr Hanisah Kamilah Abdul Razak.

“Ini membuktika­n gula apong Sarawak berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi Sarawak dan negara secara ” keseluruha­nnya. Dr Nuratika Tamimi Sheikh Mohamed

 ?? ?? PERKONGSIA­N ILMU: Dr Nuratika menyampaik­an ceramahnya mengenai gula apong dan pokok nipah.
PERKONGSIA­N ILMU: Dr Nuratika menyampaik­an ceramahnya mengenai gula apong dan pokok nipah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia