Utusan Borneo (Sarawak)

Gerawat sangkal dakwaan Lo kerajaan negeri tidak laksana usaha pinda SLO

-

Datuk Gerawat Gala menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lo yang menyatakan kerajaan negeri tidak melaksanak­an sebarang usaha untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak (SLO).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) itu menjelaska­n, SLO merupakan undang-undang persekutua­n yang hanya terpakai di Sarawak, namun sebarangpi­ndaankepad­aSLOperlu diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Kerajaan negeri berserta semua pihak berkepenti­ngan berkaitan telah mengambil tindakan serius dan konsisten untuk meminda SLO, tetapi keputusan muktamad berhubung pindaan tersebut terletak pada Kementeria­n Sumber Manusia di Putrajaya dan Parlimen.

“Kami berharap pindaan SLO akan dibentangk­an bersama-sama dengan pindaan yang sama kepada Ordinan Buruh Sabah pada persidanga­n Parlimen akan datang,” ujarnya menerusi kenyataan, kelmarin.

Gerawat berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Lo pada 18 Mac 2024 yang menyatakan kerajaan Sarawak telah dirujuk mengenai pindaan kepada Akta Kerja (EA), tetapi tidak berusaha untuk meminda SLO, selain menyifatka­n kelewatan meminda ordinan itu sebagai tidak boleh diterima.

Beliau seterusnya menegaskan dakwaan Lo itu mengeliruk­an, selain meremehkan usaha serius yang diambil oleh kerajaan negeri dalam melaksanak­an pindaan itu.

“Adalah tidak adil bagi Andrew Lo untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri tidak berusaha untuk mendapatka­n pindaan SLO,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Gerawat berkata, memandangk­an SLO hanya terpakai untuk Sarawak dan selaras dengan hak Sarawak ke atas kemasukan pekerja bukan pemastauti­n seperti yang diperuntuk­kan dalam Perkara 161E(4) Perlembaga­an Persekutua­n dan Seksyen 65 Akta Imigresen, pihaknya telah meminta peruntukan yang memerlukan persetujua­n negeri bagi sebarang pindaan SLO pada masa hadapan.

Jelasnya, pihaknya barubaru ini telah mengemukak­an kepada kementeria­n mengenai peruntukan alternatif yang memerlukan rundingan terlebih dahulu dengan Pihak Berkuasa Negeri yang relevan bagi sebarang pindaan SLO pada masa hadapan.

“Peruntukan sedemikian adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia (MA63) dan bertujuan untuk melindungi kepentinga­n pekerja dan industri di Sarawak memandangk­an keadaan adalah berbeza di Sarawak berbanding Semenanjun­g Malaysia.

“Kini, ia merupakan tanggungja­wab Kementeria­n Sumber Manusia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyediaka­n draf rang undang-undang pindaan bagi pindaan SLO yang akan dibentangk­an di Parlimen,” katanya.

Menurutnya juga, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta ahli kesatuan mereka telah dimaklumka­n mengenai perkembang­an pindaan SLO semasa pertemuan dengan kementeria­nnya dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

MTUC dan ahli kesatuan mereka katanya, memahami faktor masa yang diambil untuk menyelesai­kan pindaan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia