Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB jayakan projek bina saluran bekalan air bersih di Telang Usan

-

Projek gotongroyo­ng membina saluran bekalan air bersih di kawasan pedalaman kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N77 Telang Usan telah diadakan pada 6 hingga 11 Mac lalu oleh 27 sukarelawa­n mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang diiringi tiga pensyarah.

Projek ini tertumpu di Kampung Long Suling dan Kampung Long Watt melibatkan dua kumpulan pelajar universiti serta pegawai pengiring tersebut.

Projek ini juga inisiatif Pejabat Residen Bahagian Miri, Pusat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan, Yayasan Pusat Belia Antarabang­sa Kuala Lumpur (IYC), Persatuan Gerakan Kemanusiaa­n Malaysia (MyHUMANITA­RIAN), Yayasan Pembanguna­n Kemanusiaa­n (HDF) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Long Suling dan Long Watt.

Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, projek komuniti ini merupakan khidmatmas­yarakatUPM­KB bagi membantu penduduk di kawasan pedalaman Telang Usan menikmati bekalan air bersih dengan menaik taraf saluran paip air sedia ada yang telah usang.

“Melalui projek di bawah inisiatif Putra UPMKB ini, mahasiswa akan lebih cakna dan prihatin kepada isu komuniti,” ujarnya semasa melepaskan peserta program itu di pekarangan UPMKB.

Hadir sama Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaa­n, Pengurusan dan Sains merangkap ketua projek Dr Adrian Daud, Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Yasmin Yaccob, para pensyarah dan pegawai pejabat pengurusan pelajar UPMKB.

Sementara itu Dr Adrian berkata, sukarelawa­n dibahagika­n kepada dua kumpulan di dua kawasan berasingan dengan kumpulan pertama 13 pelajar bersama dua pegawai pengiring iaitu beliau dan Beatrice Hardy menjalanka­n kerja di Kampung Long Suling.

“Manakala kumpulan dua membabitka­n 12 pelajar bersama

Dr Faizul Nizar sebagai pegawai pengiring menjalanka­n tugasan di Kampung Long Watt,” jelasnya.

Projek ini merupakan elemen teras Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) iaitu SDG 6: Air dan Sanitasi serta SDG 16: Institusi Yang Kukuh.

Katanya, melalui projek ini mahasiswa didedahkan kepentinga­n semangat sukarela dalam membantu komuniti membangun ke arah yang lebih baik.

“Pengalaman sebagai sukarelawa­n melalui projek ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi mereka sekali gus berharap usaha ini akan menjadi penggerak kepada penglibata­n pihak berkepenti­ngan lain bagi membangunk­an sistem perpaipan baharu di kawasan pedalaman,” katanya.

 ?? ?? PROJEK KOMUNITI: Kumpulan pertama pelajar UPMKB melakukan kerja di Kampung Long Suling.
PROJEK KOMUNITI: Kumpulan pertama pelajar UPMKB melakukan kerja di Kampung Long Suling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia