Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga bazar Ramadan diingat utamakan kebersihan dan keselamata­n makanan

-

SRI AMAN: Para peniaga di bazar Ramadan di sini diingatkan agar sentiasa mengambil berat terhadap aspek kebersihan dan keselamata­n makanan yang dijual kepada para pengunjung.

“Kita dari Pejabat Kesihatan akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap mana-mana bazar Ramadan di sini bagi memastikan peniaga sentiasa mengamalka­n dua aspek ini,” kata Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Operasi Pemeriksaa­n Bazar Ramadan serta Pelaksanaa­n KempenNafa­sBaruBermu­la Ramadan, Kempen Minum Air Kosong dan X-Beg Plastik Bazar Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Sri Aman anjuran Unit Promosi

Kesihatan,PejabatKes­ihatan Bahagian, kelmarin.

“Operasi ini bertujuan untuk memantau berkaitan lesenperni­agaanpenia­ga,kad suntikan dan salinan kursus pengendali makanan.

“Perlu diingatkan kepada para peniaga untuk membawaber­samadokume­n tersebut ketika menjalanka­n perniagaan,” tegasnya.

Tambahnya, Pejabat KesihatanB­ahagianSri­Aman sentiasa menitikber­atkan tahap kebersihan diri dengan menasihati peniaga agar mengenakan apron yang lengkap, kebersihan dalam mengendali­kan makanan dan kebersihan tapak perniagaan.

Selain itu katanya, para pengunjung diseru agar membudayak­an membawa bekasmakan­andanminum­an sendiri.

“Ini kerana budaya membawa bekas makanan dan minuman sendiri semasa membeli juadah di bazar Ramadan perlu diterapkan bagi membantu mengurangk­an penggunaan beg plastik dan bekas makanan terbuang kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Kita turut menasihatk­an para pengunjung untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dengan mengurangk­an meminum air berkarbona­t dan manis sewaktu berbuka puasa, sebaliknya minum air kosong lapan gelas sehari agar kekal hidrat,” ujarnya.

“Setiap kali berkunjung ke bazar ini, para pengunjung perlu menggunaka­n pelitup muka dan mulut bagi mengelakka­n diri dijangkiti pelbagai penyakit.

“Kini musim kering telah tiba dan amat mudah penyakit berjangkit mereka di kalangan komuniti kita,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu Zaifa menambah, bulan Ramadan juga waktu yang amat efektif dan bermanfaat untuk perokok berhenti merokok dan merubah tahap kesihatan menjadi lebih baik.

“Olehitu,KempenMinu­m Air Kosong dan Nafas Baharu Bermula Ramadan turut dipergiatk­an untuk memberi sokongan kepada orang ramai,” katanya lagi.

 ?? ?? AMALKAN: Zaifa (kiri) mengedarka­n risalah berkenaan penerapan aspek kebersihan dan keselamata­n makanan semasa program di Bazar Ramadan Sri Aman, kelmarin.
AMALKAN: Zaifa (kiri) mengedarka­n risalah berkenaan penerapan aspek kebersihan dan keselamata­n makanan semasa program di Bazar Ramadan Sri Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia