Utusan Borneo (Sarawak)

Ling jamin berusaha pastikan pusat kanser ditubuhkan di Sibu

-

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling memberi jaminannya bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan pusat kanser akan ditubuhkan di Sibu.

Menurutnya, ini supaya orang ramai di wilayah tengah khususnya berpeluang menikmati perkhidmat­an perubatan yang komprehens­if dan khusus.

“Baru-baru ini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk menaik taraf Hospital Sibu dan Hospital Miri kepada hospital serantau.

“Menurut KKM, Hospital Sibu akan memberi tumpuan kepada rawatan kanser manakala Hospital Miri memberi tumpuan kepada rawatan kardiologi,” katanya di sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un Ling berkata, lokasi sebenar pusat kanser yang diputuskan kerajaan Sarawak adalah di Kuching kerana kerajaan Sarawak bercadang membina sebuah pusat perubatan komprehens­if di Kuching.

“Saya percaya sekiranya pusat perubatan komprehens­if yang dicadangka­n oleh kerajaan Sarawak tidak dibuka kepada warga asing, ia tidak seharusnya tertumpu di satu tempat sahaja, sebaliknya perlu diperluask­an supaya bandar utama seperti

Sibu dan Miri turut mempunyai pusat pakar untuk memberi rawatan perubatan kepada kebajikan penduduk setempat,” tegasnya.

Ling juga menegaskan sekiranya pusat perubatan komprehens­if itu tidak membuka peluang kepada warga asing untuk mempromosi­kan pelanconga­n perubatan dan meningkatk­an hasil kerajaan sebagai matlamat pembanguna­n mampan dalam bidang perubatan, maka penumpuann­ya di satu tempat sahaja tidak akan memberi kemudahan kepada rakyat Sarawak terutamany­a di luar Kuching.

“Lagipun hospital di Kuching sudah mempunyai perkhidmat­an perubatan yang komprehens­if, tetapi kawasan lain agak kurang dan tidak lengkap,” tambahnya.

 ?? LING ??
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia