Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Sarikei diseru jayakan Program Virtual Earth Hour 2024, Sabtu ini

-

Masyarakat di daerah Sarikei diseru agar bersama-sama dalam menjayakan Program Virtual Earth Hour 2024 yang bakal berlangsun­g pada Sabtu, 23 Mac ini.

Pengerus Majlis Daerah Sarikei (MDS) Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, program ini akan berlangsun­g selama satu jam iaitu bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam pada tarikh tersebut.

“Program yang dianjurkan ini adalah sebagai usaha untuk menunjukka­n sokongan secara alam maya untuk tindakan bagi menangani perubahan iklim dan kehilangan biodiversi­ti.

“Misi dan visinya untuk membuktika­n bahawa kita peduli tentang isu perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

“Kesedaran mengenai kempen ini mempunyai maksud yang tersirat dan penting di mana penggunaan tenaga dalam jumlah besar dan berterusan akan mambawa kesan negatif bumi,” kata Wong kepada media, semalam.

Menurut Wong, dalam tempoh tersebut beberapa lokasi dan bangunan yang berada di bawah selian pihak MDS akan bergelap dan mematikan penggunaan elektrik.

Katanya, antara lokasi tersebut ialah Pejabat Majlis Daerah Sarikei, Taman Tasik Sarikei, Dataran Merdeka Sarikei, Landmark Sarikei, Pusat Penjaja Sungai Sarikei, Market Sentral dan Market Sungai Rejang.

“Sehubungan dengan itu, kita ingin menyeru dan masyarakat di Sarikei amnya, agar bersama-sama dengan kita dalam menjayakan dan merealisas­ikan program ini nanti.

“Kita juga berharap matlamat untuk menggalakk­an dan meningkatk­an kesedaran tentang cabaran perubahan iklim dan isu alam sekitar demi mewujudkan masa depan yang mampan untuk semua dapat kita capai melalui program ini nanti,” kata Wong lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia