Utusan Borneo (Sarawak)

GWM perkenal ORA 07, EV dilengkapi teknologi terkini

Kereta dengan reka bentuk menakjubka­n itu dilancarka­n bulan depan, dijangka dijual pada harga kurang RM200,000

- Oleh Hamkar Sarbinee Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd

KUCHING: Great Wall Motor Malaysia (GWM) memperkena­lkan GWM ORA 07 iaitu sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan teknologi terkini sekali gus memberi keseronoka­n pemanduan kepada pengendali­nya.

ORA 07 telah dipertonto­n kepada media di YLH Autoworld Sdn Bhd, Kuching semalam sebelum ia dilancarka­n pada April depan.

Bercakap kepada media, Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau menyerlahk­an ciri unik ORA 07 yang turut menarik persamaan dengan Porsche Panamera ikonik dengan reka bentuknya yang menakjubka­n.

“Coupe elektrik anggun ini akan dilancarka­n bulan depan dan ia tidak akan dijual pada harga mahal, ia berharga kurang daripada RM200,000.

“Kami teruja menanti

ORA 07 dibuka untuk tontonan umum tidak lama lagi dan menganjurk­an acara pandu uji untuk kenderaan elektrik ini,” katanya.

Sedan elegan ini memberi gambaran awal daripada barisan produk bercita-cita tinggi GWM untuk 2024 yang akan diikuti dengan pelancaran GWM Haval H6 HEV pada suku kedua dan GWM Tank 300 pada suku ketiga tahun yang sama.

EV ini merupakan sebuah coupe elektrik yang diperkemas, menawan hati dengan bentuknya yang dinamik dan elegan.

Reka bentuk ialah gabungan harmoni retro dan moden, dengan gril tertutup dan lampu hadapan berbentuk bujur yang menimbulka­n rasa nostalgia sambil meletakkan kenderaan ini pada masa hadapan.

Selain itu, reka bentuk yang menakjubka­n ORA 07 sekali gus mengingatk­an pemilik

terhadap kereta ‘fastback,’ mempunyai pemegang pintu tersembuny­i, pintu tanpa bingkai dan ‘spoiler’ elektrik adaptif.

Berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,500 mm tinggi, kenderaan ini memberikan pendirian yang mengagumka­n.

Mempunyai dalaman mewah, kokpitnya ibarat ‘supercar’ dihiasi dengan kulit premium, konsol tengah berongga berbentuk T dengan panel berputar, tempat duduk ergonomik dengan ciri urutan (pemandu dan penumpang hadapan) dan set penanda aras baharu untuk kecanggiha­n.

Papan pemuka tiga yang ‘sporty’ melengkapk­an pelbagai fungsi stereng, menawarkan kawalan pemanduan yang tiada tandingan.

Bahagian dalaman GWM ORA 07 yang mewah dilengkapi dengan bumbung matahari panoramik gaya kubah

dan sistem penyaman udara pintar yang memberikan aliran tiga dimensi, memastikan keselesaan dalam setiap perjalanan.

Reka bentuk ruang dalaman yang minimalis mewujudkan suasana yang halus, mewah dan ‘sporty.’

Tersedia dalam warna kelabu, ungu dan putih yang canggih, GWM ORA 07 dikuasakan oleh bateri ‘litium ternary’ 83.499 kwj terkini yang berprestas­i terbaik.

Dua varian yang ditawarkan di mana varian jarak jauh menawarkan jarak 640km, memberikan kuasa 150 kw (204 PS), tork 340 N.m, manakala model prestasi dengan 300 kW (408 PS) dan 680 N.m tork, dengan jarak sehingga 550km.

GWM ORA 07 bukan hanya menetapkan standard baharu dalam reka bentuk dan teknologi EV, tetapi juga berpotensi besar dalam

mendefinis­ikan semula pengalaman pemanduan elektrik di Malaysia.

Dengan reka bentuk yang

inovatif dan prestasi yang mengesanka­n, GWM ORA 07 siap sedia menjadi pelopor dalam evolusi mobiliti

elektrik, menjanjika­n pengalaman memandu yang luar biasa bagi pengguna di Malaysia.

“Kami teruja menanti ORA 07 dibuka untuk tontonan umum tidak lama lagi dan menganjurk­an acara pandu uji untuk kenderaan ” elektrik ini. Hong Boon Pau

 ?? ?? MENYERLAH: Ketua Jualan YLH Autoworld Sdn Bhd Ng Chee (dua kiri) dan Hong (tiga kiri) bersama kakitangan merakamkan kenangan dengan kereta GWM ORA 07.
MENYERLAH: Ketua Jualan YLH Autoworld Sdn Bhd Ng Chee (dua kiri) dan Hong (tiga kiri) bersama kakitangan merakamkan kenangan dengan kereta GWM ORA 07.
 ?? ?? MANTAP: GWM ORA 07 dari bahagian belakang. Kereta EV terbaharu ini dijangka dijual pada harga kurang daripada RM200,000.
MANTAP: GWM ORA 07 dari bahagian belakang. Kereta EV terbaharu ini dijangka dijual pada harga kurang daripada RM200,000.
 ?? ?? ELEGAN: Bahagian hadapan GWM ORA 07 yang pastinya memukau ramai apabila dipertonto­nkan kepada umum pada bulan depan.
ELEGAN: Bahagian hadapan GWM ORA 07 yang pastinya memukau ramai apabila dipertonto­nkan kepada umum pada bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia