Utusan Borneo (Sarawak)

Tempat letak kereta Rumah Stephen siap lebih awal

-

BINTANGOR: Penduduk dari Rumah Stephen, Sungai Gemuan dekat sini mampu menarik nafas lega kerana pembinaan tempat letak kereta di hadapan rumah panjang mereka kini telahpun siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek pembinaan tersebut telah dilaksanak­an di bawah Projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN Meradong.

“Projek ini bernilai RM50,000 dan ia adalah hasil permohonan daripada penduduk rumah panjang tersebut.

“Berdasarka­n jadual, projek ini telah dilaksanak­an dalam tempoh tiga bulan namun atas komitmen yang padu daripada pihak kontraktor yang terlibat dan juga agensi pelaksana, projek ini telah berjaya disiapkan lebih awal dari tarikh siap seperti yang telah ditetapkan.

“Pihak kita turut berpuas hati dengan kualiti kerja terhadap projek ini dan berharap ia dapat memberikan lebih keselesaan kepada penduduk di rumah panjang ini dalam apa jua aktiviti dan juga tempat letak kereta yang tersusun,” kata Ding.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai mengadakan tinjauan kerja ke tapak projek siap tersebut di Rumah Stephen kelmarin.

Turut hadir dalam tinjuan tersebut ialah Penolong Jurutera Awam DID Bahagian Sarikei Faliana Mia Tibong dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Menurut Ding, projek ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk menaik taraf kemudahan penduduk terutama di kawasan luar bandar dan juga rumah panjang.

Katanya, projek ini juga adalah hasil tindakan kerajaan dalam memenuhi keperluan dan permintaan rakyat.

“Pihak kita akan sentiasa berusaha untuk memenuhi setiap permohonan rakyat di kawasan ini dan juga berusaha untuk menyalurka­n pembanguna­n yang sewajarnya berdasarka­n keperluan penduduk.

“Kita juga berharap rakyat di peringkat akar umbi akan memberi sokongan padu kepada pihak kita dan juga agensi kerajaan bagi memastikan setiap projek pembanguna­n yang digiatkan oleh kerajaan di kawasan mereka berjalan dengan lancar dan dapat dinikmati bersama,” ujar Ding.

 ?? ?? SIAP: Ding menyaksika­n majlis ringkas penyerahan tempat letak kereta di hadapan rumah panjang Rumah Stephen, Sungai Gemuan, Bintangor kelmarin.
SIAP: Ding menyaksika­n majlis ringkas penyerahan tempat letak kereta di hadapan rumah panjang Rumah Stephen, Sungai Gemuan, Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia