Utusan Borneo (Sarawak)

Edisi kedua Bible bahasa etnik Kayan dilancarka­n

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau telah diberi penghormat­an untuk melancarka­n naskhah Bible dalam bahasa etnik Kayan edisi kedua di Gereja Borneo Evangelica­l Mission (BEM) Long Bedian pada baru-baru ini.

Dennis yang juga Presiden Persatuan Kayan Sarawak (PKS) berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankua­sa yang telah berusaha mencetak naskhah tersebut sejak tahun 2013.

Beliaumemb­eritahuini­siatif pencetakan naskhah ini adalah daripada Jawatankua­sa Edisi Dan Pencetakan Kedua Buhup Tuhan Dahun Kayan Sarawak dan disokong Bible Society Malaysia.

Menurut Dennis, edisi pertama naskhah itu telah diterbitka­n dalam tahun 1970-an.

Beliau menambah, edisi baharu yang telah dikemas kini dicetak atas permintaan ramai.

“Saya telah menyeru agar kaum Kayan khususnya mendapatka­n senaskhah Bible ini untuk mendekati diri dengan Tuhan

“Selain dari itu, dengan cabaran dengan dunia baharu sekarang, di mana anak-anak kita lebih suka berhubung, bercakap, menulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, ada ciri-ciri atau nampak kefasihan kaum Kayan itu sendiri dalam bahasa etnik mereka semakin lama semakin luntur,” jelas Dennis.

Selain mendekatka­n diri dengan Tuhan, pembacaan Bible ini boleh dijadikan cara untuk masyarakat Kayan mengenali, memahami dan menyebut perkataan Kayan dengan baik.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan ibu bapa dan anak ahli anggota BEM Sarawak untuk mendapatka­n naskhah Bible ini.

“Saya juga mencadangk­an untuk anak-anak kita mencintai etnik mereka.

“Tidak salah untuk kita membeli senaskah Bible ini dan beri kepada anak-anak, istimewany­a masa hari jadi

mereka.

“Jadikan sebagai hadiah hari jadi supaya mereka dekat dengan Tuhan dan memahami etnik mereka melalui tulisan dalam Bible ini,” jelas Dennis.

Beliau dimaklumka­n sebanyak 6,000 naskhah

telah dicetak dan dibawa ke Sarawak.

Dennis berkata, terdapat kemungkina­n jumlah tersebut tidak mencukupi berbanding dengan jumlah etnik Kayan yang dianggarka­n seramai 60,000 hingga 70,000 orang yang telah menjadi anggota

BEM Sarawak.

Justeru kata Dennis, adalah wajar untuk jawatankua­sa menambah jumlah cetakan untuk memenuhi permintaan baharu.

Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 500 tetamu.

 ?? ?? MUDAH DIFAHAMI: Dennis (tujuh kanan) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n naskhah Bible bahasa Kayan edisi kedua yang dilancarka­n baru-baru ini.
MUDAH DIFAHAMI: Dennis (tujuh kanan) bersama tetamu kehormat lain menunjukka­n naskhah Bible bahasa Kayan edisi kedua yang dilancarka­n baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia