Utusan Borneo (Sarawak)

JAIS komited tingkatkan produktivi­ti

Ia bertambah kukuh hasil inisiatif BE dilaksanak­an bersama MPC Wilayah Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) komited untuk meningkatk­an produktivi­ti ke arah perkhidmat­an dan pengurusan organisasi sektor awam di Sarawak yang lebih berdaya saing dan mampan.

PengarahJA­ISDatuKhal­idi Ibrahim berkata, komitmen itu bertambah kukuh hasil inisiatif Business Excellence (BE) yang dilaksanak­an di JAIS dengan kerjasama Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak.

“Tidak lupa juga kepada semua warga JAIS yang telah memberikan komitmen dan sokongan yang padu sepanjang pelaksanaa­n inisiatif ini dilaksanak­an,” ujarnya pada Majlis Apresiasi JAIS 2024 di sebuah hotel di sini, kelmarin.

“Melalui tujuh kriteria utama iaitu Kepimpinan (Leadership), Perancanga­n (Strategy), Maklumat (Informatio­n), Pelanggan (Customers), Sumber Manusia (Workforce), Proses (Process) dan Hasil (Result), saya yakin inisiatif BE ini akan menjadi batu loncatan kepada JAIS untuk mencapai kecemerlan­gan yang optima dan berterusan ke peringkat global,” katanya.

Menerusi kolaborati­f

strategik itu katanya, JAIS telah diberikan pengiktira­fan sebagai organisasi sektor awam yang pertama di Sarawak dianugerah­kan sijil Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) melalui intervensi inisiatif BE selama enam bulan iaitu dari Jun hingga Disember 2023.

Sementara itu, Pengarah MPC Wilayah Sarawak Dr Mazlina Shafi’i mengucapka­n tahniahkep­adaJAISyan­gtelah menunjukka­n iltizam dan azam dalam menyemarak­kan

kecemerlan­gan serta peningkata­n daya saing organisasi yang mampan melalui inisiatif BE.

“Saya berharap agar kerjasama utuh bersama JAIS ini dapat direalisas­ikan melalui inisiatif-inisiatif lain produktivi­ti berimpak tinggi anjuran MPC.

“Selari dengan rangka kerja daya saing yang mengukur kecekapan perniagaan melalui ketangkasa­n organisasi, saya yakin, pelaksanaa­n inisiatif BE ini akan menjadi

pemangkin untuk menyebar luas konsep BE kepada organisasi-organisasi di Sarawak terutamany­a sektor awam dan seterusnya menjadi sebahagian daripada komuniti BE.

“Organisasi yang cemerlang ini diharap akan menjadi model rujukan dan penyuntik semangat serta persaingan sihat dalam kalangan sektor awam di negeri Sarawak khasnya,” katanya.

Inisiatif BE merupakan pendekatan praktikal dan holistik untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua aspek pengurusan organisasi yang berpaksika­n kepada peningkata­n produktivi­ti organisasi yang berimpak tinggi.

Selain itu, organisasi awam dan swasta di Sarawak diseru terus mengerakka­n inisiatif BE dalam usaha memastikan kecemerlan­gan organisasi di peringkat global.

Majlis penyampaia­n sijil MBEF itu disaksikan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

“Tidak lupa juga kepada semua warga JAIS yang telah memberikan komitmen dan sokongan yang padu sepanjang pelaksanaa­n inisiatif ini ” dilaksanak­an. Datu Khalidi Ibrahim Pengarah JAIS

 ?? ?? TAHNIAH: Dr Mazlina menyampaik­an sijil MBEF kepada Khalidi (dua kanan) sambil disaksikan Dr Abdul Rahman (empat kanan), Misnu (tiga kanan) serta tetamu lain.
TAHNIAH: Dr Mazlina menyampaik­an sijil MBEF kepada Khalidi (dua kanan) sambil disaksikan Dr Abdul Rahman (empat kanan), Misnu (tiga kanan) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia