Utusan Borneo (Sarawak)

PAC akan turun padang untuk lihat sendiri projek tertentu di Sarawak

-

Jawatankua­sa Akaun Awam (PAC) Negeri Sarawak memutuskan untuk turun padang dan melihat sendiri secara fizikal projek tertentu di negeri ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan masalah dan kelemahan.

Pengerusi Jawatankua­sa Akaun Awam (PAC) Negeri Sarawk Razaili Gapor berkata, berdasarka­n penemuan audit, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaa­n beberapa projek.

“Oleh itu, sesetengah agensi perlu membuat semakan semula sama ada dari sudut pentadbira­n, kewangan atau prosedur operasinya.

“Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri Sarawak juga memutuskan untuk turun padang dan melihat sendiri secara fizikal projek tertentu bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan masalah dan kelemahan berkenaan dengan projek.

“Ia sekali gus melihat langkah-langkah yang telah dilaksanak­an bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat PAC Sarawak Ke-56 yang diadakan dari 19 hingga 20 Mac lalu.

Mesyuarat kali ini memfokuska­n kepada Laporan Ketua Audit Negara Negeri Sarawak Tahun 2021 (Siri 2) yang telah dibentangk­an di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada November 2023.

Selain itu, PAC Sarawak

komited menjalanka­n tugas dan peranannya bagi memastikan dana awam dibelanjak­an dengan berhemah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi setiap perbelanja­an atau projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Susulan daripada pembentang­an Laporan Ketua Audit Negara bagi Tahun 2021 (Siri 2) pada

persidanga­n DUN November 2023 yang lalu, PAC Negeri Sarawak telah memutuskan untuk meneliti semua isu yang dibangkitk­an.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah ahli-ahli PAC lain iaitu See Chee How, Wilson Nyabong Ijang, Miro Simuh, Mohd Chee Kadir, Dato Lo Khere Chiang, Rolland Duat Jubin dan ahliahli ex-officio.

 ?? ?? BINCANG: Razaili (tengah) bersama ahli-ahli PAC semasa mesyuarat tersebut.
BINCANG: Razaili (tengah) bersama ahli-ahli PAC semasa mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia