Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi pembekalan elektrik di Semenanjun­g baik: TPM Fadillah

-

Pencapaian pembekalan elektrik di Semenanjun­g menunjukka­n prestasi baik dengan catatan di bawah sasaran Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) iaitu 48 minit per pelanggan per tahun, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata pencapaian SAIDI di Semenanjun­g bagi 2023 adalah 46.10 minit per pelanggan per tahun berbanding 45.06 minit per pelangan per tahun pada 2022.

“Berdasarka­n laporan pencapaian SAIDI, jelas menunjukka­n TNB (Tenaga Nasional Berhad) berjaya mengekalka­n pencapaian di bawah sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pengguna per tahun sepanjang tempoh tersebut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air itu menjawab pertanyaan P. Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu langkah intervensi diambil Kerajaan Persekutua­n terhadap kawasan sering mengalami gangguan bekalan elektrik.

Fadillah berkata prestasi TNB sebagai pemegang lesen pembekalan elektrik kepada lebih sembilan juta pelanggan di Semenanjun­g dipantau Suruhanjay­a Tenaga (ST) untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan stabil.

Bagi meningkatk­an prestasi bekalan elektrik di Semenanjun­g, Fadillah berkata kerajaan meluluskan peruntukan perbelanja­an modal (CAPEX) TNB sebanyak RM6,851.5 juta setahun di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Regulatori Ketiga (RP3).

“Ini bagi meningkatk­an daya harap sistem dengan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanak­an dalam 2022 hingga 2024.

“Antara tindakan komprehens­if sedang dijalankan TNB seperti mempergiat­kan aktiviti senggaraan, menubuhkan Dedicated Switching Team (DCT) di kawasan dengan gangguan yang tinggi dan pemasangan fasiliti Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemeroleha­n Data Berkompute­r (SCADA) di lokasi terpilih secara berterusan,” katanya.

Mengulas mengenai punca gangguan bekalan elektrik, beliau berkata gangguan kerap berlaku adalah disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan konduktor, kotak fius dan penyambung menindik penebat (IPC) serta gangguan tumbuh-tumbuhan.

Menjawab soalan tambahan Prabakaran mengenai langkah mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang musim perayaan dan musim panas, Fadillah berkata gangguan bekalan elektrik boleh berlaku pada musim puncak itu berikutan peningkata­n kadar penggunaan.

Sehubungan itu, beliau berkata antara langkah mitigasi yang dilaksanak­an termasuk memastikan beban pada komponen atau alatan penyaluran elektrik berada dalam keadaan optimum.

“Sebagai contoh, kadar beban pada alat transforme­r pada bawah kadar 45 peratus, beban pada kabel bawah 50 peratus supaya pepasangan TNB yang bersambung kepada premis rakyat mampu membawa lebih beban pada waktu puncak.

“Langkah lain termasuk kerja penyelengg­araan berasaskan keadaan, membuat audit serta merancang dan menaik taraf sistem voltan rendah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia