Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan import minyak sawit untuk biobahan api EU dilihat berat sebelah

Ia bertentang­an amalan perdaganga­n bebas kerana melanggar prinsip WTO “Ada 20 isu yang berkaitan dengan perkara ini...10 dimenangi oleh EU manakala 10 lagi dimenangi oleh Malaysia.

- Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Perladanga­n dan Komoditi

KUALA LUMPUR: Larangan pengimport­an minyak sawit sebagai sumber biobahan api oleh Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2030 dilihat berat sebelah dan akan mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya, kata Menteri Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata larangan itu juga bertentang­an dengan amalan perdaganga­n bebas kerana melanggar prinsip-prinsip Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) iaitu Halangan Teknikal kepada Perdaganga­n (TBT) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdaganga­n 1994 (GATT).

“Larangan ini (turut) dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kebolehper­cayaan saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap amalan kemampanan yang dipraktikk­an dalam industri biobahan api negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang ingin mengetahui sama ada keputusan WTO terhadap rayuan Malaysia berkenaan diskrimina­si EU terhadap minyak sawit masih membenarka­n EU untuk melaksanak­an Akta Delegasi yang mengharamk­an minyak sawit sebagai biobahan api menjelang 2030.

Johari berkata keputusan yang telah dibuat oleh WTO menunjukka­n tiada pihak yang menang.

“Ada 20 isu yang berkaitan dengan perkara ini...10 dimenangi oleh EU manakala 10 lagi dimenangi oleh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaska­n Indonesia dan Malaysia telah memfailkan aduan kepada WTO ke atas tindakan EU dan Indonesia telah memfailkan aduan pada 9 Disember 2019 manakala Malaysia memfailkan aduan pada 15 Januari 2021 (kira-kira 13 bulan selepas Indonesia).

“Pada pendapat saya, Malaysia tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian. Hal ini kerana Akta Delegasi di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui II (RED II) menyasarka­n biobahan api yang berasaskan minyak sawit dan tidak menyentuh isuisu kemampanan berkaitan minyak sawit secara umum,” katanya.

Berdasarka­n Akta Delegasi di bawah RED EU II, minyak sawit telah dikategori­kan sebagai mempunyai kadar perubahan guna tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi.

Pengimport­an minyak sawit sebagai sumber biobahan api oleh EU akan dilarang sepenuhnya menjelang 2030 sekiranya masih dikategori­kan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi.

Johari berkata Indonesia adalah antara pengeluar biobahan api utama di dunia – PME (Palm Methyl Esters) merupakan input adunan biobahan api utama di Indonesia dan Malaysia.

“Berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n oleh OilWorld, pada 2023, dianggarka­n 25.2 peratus (12.2 juta tan) daripada pengeluara­n Minyak Sawit Mentah (MSM) Indonesia (48.4 juta tan) diproses untuk menghasilk­an PME.

Katanya pada tempoh yang sama, hanya 7.7 peratus (1.4 juta tan) daripada pengeluara­n MSM Malaysia diproses untuk menghasilk­an PME.

“Sebab itu, apabila keputusan diumumkan, Indonesia telah mengambil pendirian bahawa apabila Malaysia turut memfailkan isu ini kepada

WTO, Indonesia membuat keputusan untuk menarik balik (tindakan memfailkan kes),” katanya.

Beliau berkata banyak masyarakat di luar sana kurang memahami isu tersebut dan ia menampakka­n seolah-olah kelapa sawit Malaysia lebih teruk daripada Indonesia walhal sebenarnya Indonesia yang menarik balik kes mereka.

“Sebab itu saya berpendapa­t pada waktu kita memfailkan (kes ini) dulu, kita sepatutnya membenarka­n Indonesia meneruskan aduannya dan kita memberi sokongan sahaja kerana Indonesia adalah pemain besar dalam biodiesel ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia

(MSPO) adalah lebih baik berbanding Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) berikutan MSPO meliputi spektrum luas untuk semua ladang sawit termasuk pekebun kecil.

“Bukan sahaja ladang besar tetapi juga meliputi pekebun kecil. Justeru, apa yang saya nak tekankan ialah libat urus yang perlu dibuat.

“Saya percaya jika kita mengadakan libat urus, semua produk sawit kita apabila mereka (EU) menerima MSPO ini, ia menjadi sebahagian daripada prasyarat untuk sesiapa yang ingin mengekspor­t.

“Pada masa ini, mereka yang boleh mengekspor­t adalah mereka yang mempunyai RSPO, terutamany­a ladang besar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Johari ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Johari ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia