Utusan Borneo (Sarawak)

Pimpinan tertinggi kerajaan perlu ikuti kursus dan latihan: PM Anwar

-

PUTRAJAYA: Kesemua pimpinan tertinggi kerajaan termasuk perdana menteri sendiri perlu mengikuti kursus dan latihan untuk menggilap semangat dan ilmu dalam diri mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kursus dan latihan seperti itu dapat menerapkan semangat kewibawaan, keterampil­an serta tekad kepimpinan tertinggi kerajaan dalam melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing.

“Semua kena balik untuk mengikuti satu latihan, kursus untuk menggilap semangat dan ilmu mereka termasuk Ketua Polis Negara.

“Ini kita sarankan supaya ada kesedaran dan kesatuan pemikiran,” katanya pada ProgramBic­araEksekut­ifMalaysia MADANI Penjawat Awam Tahun 2024 di sini semalam.

Beliau berkata kursus atau latihan seperti itu juga dapat meningkatk­an semangat dalam kalangan kepimpinan tertinggi itu semasa bertugas dengan kakitangan bawahan atau ketika berhubung dengan masyarakat.

Anwar berkata dengan semangat dan tekad tinggi dalam kalangan kepimpinan kerajaan melaksanak­an tugas, usaha mengubah negara ke arah yang lebih baik dan menjadi negara baharu dapat dicapai dalam tempoh lebih singkat.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu menjalanka­n tugas sebaik mungkin untuk melakukan perubahan terhadap negara secepat mungkin.

“Semoga dengan adanya semangat ini untuk melaksanak­an tugas, (kita) tidak payah tunggu 10 tahun, dah boleh ubah wajah negara ini dalam tempoh yang singkat.

“Jika semua menjalanka­n (tanggungja­wab) sebaik mungkin, saya fikir dua atau tiga tahun, kita boleh ada bangunkan sebuah negara Malaysia Baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia