Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mungkin salur bantuan kemanusiaa­n di Gaza melalui ‘air drop’

-

Malaysia tidak menolak kemungkina­n untuk menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n bagi penduduk di Gaza secara air drop atau digugurkan melalui ruang udara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan sedang berbincang untuk menentukan cara alternatif yang terbaik untuk menyalurka­n bantuan berkenaan.

“Kalau kita mahu lakukan bantuan kemanusiaa­n melalui air drop, mungkin kita hantar barang itu dan pihak sana yang lakukan air drop … bukan dari kapal terbang kita.

“Tetapi cara bagaimana nak sampai ke tempat itu, ia di bawah bidang kuasa Kementeria­n Luar (KLN). Untuk sampai ke Gaza, ia urusan KLN dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pergi buat air drop,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta, bank dan orang awam kepada ATM di Auditorium Wisma Pertahanan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 480 kotak makanan hasil sumba

ngan rakyat Malaysia digugurkan dari udara di utara Gaza menggunaka­n pesawat kargo C130 milik Tentera Udara Diraja Jordan.

Usaha itu dijalankan menerusi badan bukan kerajaan, Karisma Humanitari­an Outreach Mission, hasil kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan, Childcare Charity Associatio­n dan Tentera Udara Diraja Jordan.

Berhubung majlis itu, ATM menerima sumbangan keseluruha­n bernilai RM2.524 juta termasuk barangan dan wang tunai yang menyaksika­n peningkata­n sebanyak 41 peratus berbanding sumbangan yang diterima pada tahun lepas.

Mohamed Khaled berkata hasil daripada sumbangan yang diterima ini, ATM telah menyediaka­n sebanyak 15,000 beg hari raya

yang akan diagihkan kepada anggota-anggota ATM bertugas menjaga keamanan dan kedaulatan negara pada lebaran nanti.

“Ia merangkumi anggota yang bertugas di perbatasan negara sama ada di Semenanjun­g, Sabah, Sarawak dan juga di luar negara di bawah misi panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN AIDILFITRI: Nordin menerima replika cek daripada Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN AIDILFITRI: Nordin menerima replika cek daripada Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia