Utusan Borneo (Sarawak)

Mencari ketenangan menerusi terapi hutan

- Oleh Soon Li Wei

Rencana ini bersempena Hari Hutan Antarabang­sa yang disambut pada 21 Mac setiap tahun.

BAGI pencinta alam, peluang menjejakka­n kaki ke dalam hutan sama ada untuk aktiviti merentas hutan mahupun pendakian pastinya amat mengujakan di samping menikmati keindahan pelbagai spesies flora dan fauna.

Jiwa terasa lapang meninggalk­an segala lelah kehidupan di tengahteng­ah ‘hutan batu’, rutin kehidupan yang sentiasa sibuk, beban kerja serta desakan hidup dan hingarbing­ar kesesakan jalan raya yang boleh sahaja menjadikan darah menyirap.

Ancaman pencemaran serta peningkata­n suhu akibat semakin kurang kawasan hijau yang rakus ditelan arus pembanguna­n semakin terasa apabila negara dilanda cuaca panas, membuatkan sesetengah warga kota ‘melarikan diri’ ke dalam hutan sebagai terapi diri dan minda.

Damainya dapat menghidup udara segar dengan dikeliling­i rimbunan pepohon hijau, itulah pengalaman peribadi penulis tatkala mengikuti program meditasi anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Antarabang­sa Viriyachan, sebuah pusat permukiman eksklusif di Dusun Tekali, terletak kirakira 20 minit dari Kampung Sungai Tekali (Hulu Langat), baru-baru ini.

(Pusat Antarabang­sa Viriyachan (Viriyachan Internatio­nal Centre) hanya dibuka untuk aktiviti meditasi dan keagamaan Buddha dan tidak dibuka untuk lawatan umum)

Penerokaan penulis dan 80 peserta program yang rata-rata semuanya adalah pengamal meditasi ke dalam hutan pada kali ini lain daripada yang lain, apabila kami memilih untuk ‘merehatkan minda’ dan melakukan terapi hutan atau forest bathing. Semuanya ini dilakukan menerusi meditasi dalam hutan bagi merasai ketenangan alam semula jadi.

Meskipun cuaca sedikit membahang sebelum memasuki ke kawasan hutan berdekatan pusat itu untuk program yang diatur, suasana bertukar menjadi nyaman apabilla dikeliling­i rimbunan pohon hijau dan langkah kaki membawa kami menyusuri denai kecil, merentasi batubata di atas sungai serta menaiki tangga kecil.

‘ORKESTRA’ ALAM

Setelah 20 minit menempuh

perjalanan merentasi denai hutan, kami tiba di sebuah tapak konkrit sebesar gelanggang bola keranjang berhadapan dengan sebuah kolam kecil yang dikeliling­i dengan batu-batu besar serta rimbunan pokok buluh di belakangny­a.

Kami diminta untuk memilih sudut kegemaran untukmelak­ukanterapi­hutan menerusi meditasi selama 30 minit bagi aktiviti pernafasan dan seterusnya, menikmati suasana tenang dengan ditemani pepohon hijau di sekeliling gelanggang.

Bunyi burung berkicauan, desiran daun, aliran air dari kolam ke sungai dengan sekali-kala disusuli dengan bunyi hidupan liar di hutan itu, seolah-olah membentuk ‘orkestra’ alam yang begitu padu, menambah ketenangan jiwa penulis ketika sesi terapi hutan itu.

Suasana persekitar­an hutan yang begitu nyaman dan hijau membuatkan kami seakan tidak mahu beredar meninggalk­an kawasan yang dipenuhi kehijauan hutan.

Tidak hairanlah, berdasarka­n artikel Ketua Laboratori Fakulti Perubatan danSainsKe­sihatanUni­versiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman ‘Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental’ dalam Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial 2019, trend terkini merawat kesihatan mental adalah dengan mendedahka­n pesakit kepada alam semula jadi, selain rawatan menerusi ubatubatan.

TERAPI HUTAN

Bagi pengasas Viriyachan Internatio­nal Centre Ng Kian Huat, alam semula jadi seperti kehijauan pohon dan kepelbagai­an biologi di dalam hutan sememangny­a dapat memberikan impak keselesaan dan nyaman, di samping dapat menyejukka­n suhu bumi.

Beliau yang banyak membantu NGO dalam menganjurk­an program meditasi dan terapi hutan mengakui, rimbunan kehijauan, kicauan burung dan deruan air mengalir juga dapat meningkatk­an kadar fokus dalam diri, menenangka­n minda serta memberi kesan positif kepada otak.

“Sejak tahun 2018, kami mengadakan pelbagai program berasaskan terapi hutan yang disertai oleh kanak-kanak sehinggala­h warga emas.

“Kami mendapati apabila kanak-kanak mendekatka­n diri dengan alam semula jadi, mereka akan menjadi lebih tenang, gembira dan fokus dalam proses pembelajar­an kerana dikeliling­i alam semula jadi yang dapat menghasilk­an hormon gembira.

“Sesetengah kanak-kanak agak lincah dan tidak boleh duduk diam menyebabka­n kadangkala ibu bapa dan guru sangat buntu dalam mengawal pergerakan mereka, jadi apabila mereka dikeliling­i alam semula jadi, secara tidak langsung mereka akan menjadi lebih tenang dan fokus

“Bagi golongan dewasa dan warga emas pula, anda boleh mendapati muzik semula jadi hasil daripada kepelbagai­an biologi juga dapat menjadikan terapi hutan lebih berkesan, terutamany­a kepada mereka sentiasa berasa tertekan dengan kerja seharian dan tiada masa untuk merehatkan minda,” katanya.

Bekas kontraktor dan pesara swasta yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalambidan­gpembinaan­turut mengakui, pembanguna­n pesat juga turut menyebabka­n hutan semula jadi dan kawasan hijau semakin berkuranga­n menyebabka­n suhu bumi makin meningkat.

“Kebanyakan daripada mereka tiada pilihan kerana atas kepentinga­n diri dan tidak mempunyai kesedaran bahawa alam semula jadi begitu penting dalam menjaga ekosistem bumi dan ejen kepada penyerap haba.

“Ramai yang hanya mampu bercakap dan meletakkan sasaran untuk menjalanka­n pembanguna­n lestari dan tidak menebang pokok namun akhirnya tindakan dan melaksanak­an apa yang dijanjikan akan menentukan segala-galanya,” katanya.

Menurut beliau, kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan memelihara hutan haruslah dipupuk sejak kecil bermula dari rumah kerana kanak-kanak ibarat ‘kertas putih’ yang begitu tulus dalam mempelajar­i apa sahaja secara langsung daripada gerak-geri ibu bapa mereka.

“Jika ibu bapa mereka mempunyai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan menyayangi haiwan misalnya, secara tidak langsung anak-anak juga akan mengikuti jejak langkah ibu bapa dan komited menjaga ekosistem alam,” katanya.

HUTAN SIHAT, MANUSIA SIHAT

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, menurut institut kesejahter­aan global, terapi hutan adalah kaedah terapi kesihatan yang

menghargai alam semula jadi dengan mengamati kawasan sekeliling, menghidu bau segar di samping menikmati bunyi yang kedengaran.

“Merentas hutan, rekreasi hutan, ekopelanco­ngan semakin menjadi aktiviti popular untuk mencari kedamaian dan kesihatan fizikal. Banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai bagaimana hutan membantu meningkatk­an kesihatan manusia menerusi kegiatan fisiologi dan biokimia.

“Hutan yang sihat akan menghasilk­an manusia yang sihat. Ekosistem hutan yang sihat akan mewujudkan ekosistem yang seimbang, yang mampu melindungi manusia serta perkara lain seperti bencana alam, tanah runtuh, perubahan iklim dan menyerap karbon dioksida,” katanya apabila dihubungi oleh Bernama.

Menurut Ahmad, terdapat kajian yang membanding­kan berjalan di kawasan bandar dan hutan sebagai respons kepada kesan fisiologi dan psikologi manfaat berjalan bagi pekerja pejabat di bandar, contohnya tahap hormon stres, tekanan darah, kadar degupan jantung dan fungsi imun.

“Itulah sebabnya mengapa

inovasi pemulihara­an hutan adalah penting terutamany­a di kawasan bandar.

“Kawasan seperti Bukit Persekutua­n di Kuala Lumpur perlu dikekalkan bagi generasi akan datang serta mengimbang­kan isu iklim, persekitar­an dan kesihatan dalam komuniti masa depan Kuala Lumpur,” katanya.

Bekas presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu berkata, hutan atau pokok boleh menurunkan suhu sehingga sebanyak 10 peratus Fahrenheit.

“Faktor penyejuk bergantung kepada lokasi serta parameter ekologi seperti ketinggian, kelembapan, tekanan udara dan pergerakan.

“Proses penyejatan boleh membantu menurunkan suhu serta meningkatk­an kelembapan, di samping kesan penyejukan apabila air berada di atas permukaan daun,” katanya.

Beliau menambah, hutan juga memainkan peranan pentingden­ganbertamb­ahnya cabaran dalam memerangi perubahan iklim dan gas pelepasan rumah hijau (GHG) ke atmosfera.

“Inovasi dan teknologi menambah baik sistem

pemantauan dalam fungsi pengurusan karbon, terutama dalam mengesan dan melapor kecekapan hutan.

“Dunia memerlukan teknologi cekap seperti Kecerdasan Buatan (AI) bagi memantau aktviti penggondol­an hutan dan memulihkan hutan.

“Teknologi mungkin boleh memberikan sistem amaran awal tentang keadaan hutan, pemetaan hutan, pengeluara­n komoditi yang mampan serta penglibata­n Orang Asli, “katanya, menambah, Malaysia memerlukan lebih ramai pakar ekologi hutan bagi membantu teknologi yang baharu muncul.

Beliau berkata, Malaysia telah mengambil langkah baik, antaranyam­empromosin­egeri untuk melindungi hutan masing-masing, mengekalka­n 50 peratus keluasan hutan, mengamalka­n pengurusan hutan yang mampan dan penghasila­n barangan kayu yang mampan.

Langkah lain, katanya, Promosi Pemindahan Fiskal Ekologi, meningkatk­an CEPA (Komunikasi dan Kesedaran Awam), dan Kempen Menanam 100 juta Pokok Kebangsaan dalam tempoh lima tahun (20212025). — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TENANG: Terapi hutan adalah satu kaedah yang dipraktikk­an di negara maju seperti Jepun, negara-negara Eropah dan Amerika Utara dalam membantu mengurangk­an masalah tekanan yang dialami pesakit mental.
— Gambar Bernama TENANG: Terapi hutan adalah satu kaedah yang dipraktikk­an di negara maju seperti Jepun, negara-negara Eropah dan Amerika Utara dalam membantu mengurangk­an masalah tekanan yang dialami pesakit mental.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERAPI HUTAN: Peserta sebuah program meditasi melakukan ‘Terapi Hutan’ atau ‘Forest Bathing’ anjuran sebuah NGO di Pusat Antarabang­sa Viriyachan, sebuah pusat permukiman eksklusif di Dusun Tekali, di Hulu Langat.
— Gambar Bernama TERAPI HUTAN: Peserta sebuah program meditasi melakukan ‘Terapi Hutan’ atau ‘Forest Bathing’ anjuran sebuah NGO di Pusat Antarabang­sa Viriyachan, sebuah pusat permukiman eksklusif di Dusun Tekali, di Hulu Langat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia