Utusan Borneo (Sarawak)

Man Kayan perkenalka­n Pahang melalui lagu rakyat

- Oleh Sakini Mohd Said

lagi ada di Pahang? Mungkin ada beranggapa­n keunikan negeri Tok Gajah ini tidak lebih daripada sekadar menikmati keenakan makanan yang berjaya menambat hati ramai menerusi menu ikan patin tempoyak, sambal hitam Pahang, puding raja mahupun kesegaran makanan lautnya.

Namun negeri yang turut terkenal dengan keindahan pantainya sehingga menjadi lokasi percutian domestik mahupun luar serta tumpuan peminat kraf tenun sebenarnya mempunyai ‘banyak lagi rahsia’ dan keistimewa­an belum diteroka atau diketahui ramai.

Tidak mahu sejarah dan ‘rahsia’ negeri terbesar di Semenanjun­g yang mempunyai 11 daerah dengan keluasan 35,965 kilometer persegi ini terus tersembuny­i, Noor Azman Norawi atau lebih dikenali Man Kayan, 57, menggunaka­n muzik dan lagu rakyat untuk manifestas­ikan keunikan

tersebut kepada masyarakat Pahang dan luar.

Bergerak di bawah kumpulan dinamakan Anak Kayan, beliau yang pernah memenangi tempat kedua mencipta lagu Pahang dan juga merupakan penerima Anugerah Penggiat Seni Berbahasa peringkat kebangsaan berkata, lebih daripada 30 buah lagu mengenai negeri itu telah digubahnya.

“Kami sudah

lama berkecimpu­ng memperjuan­gkan lagu rakyat, puisi bahkan memang dikenali membawa genre begitu. Tetapi, selepas lebih 10 tahun dalam industri dan pelbagai pencapaian dikecapi termasuk mengadakan persembaha­n luar negara, rasa macam kurang sesuatu.

“Kami dapati Pahang sebenarnya kaya dengan bermacam-macam tarikan yang boleh menambat kedatangan pelancong semasa

membuat persembaha­n di seluruh pelosok negeri ini. Sebagai anak jati Kampung Paya Luas, Temerloh, saya rasa perlu lakukan sesuatu untuk negeri kelahiran,” katanya kepada Bernama.

Mengakui bukan mudah menghasilk­an lagu kisah rakyat yang bernafas malar segar agar dapat diterima semua peringkat usia, Noor Azman berkata banyak kajian perlu dilakukan dan tidak sekadar berkampung

di sesuatu kawasan untuk menemu bual orang-orang lama.

Menurutnya, pendekatan digunakan ialah berguru dengan pakar budaya seperti Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup Datuk Aripin Said bagi memastikan lirik dihasilkan bukan rekaan semata-mata.

“Ada ketikanya ambil masa sehingga lebih tiga bulan untuk menggubah sebuah lagu, tetapi kami tidak pernah putus asa kerana ia langkah memperjuan­gkan budaya dan tarikan lain di negeri ini buat generasi akan datang.

“Contohnya, lagu berkaitan pekan Chenor yang terletak di daerah Maran. Ramai tidak tahu termasukla­h anak Pahang sendiri bahawa kawasan itu sebenarnya tempat berhimpun bukan sahaja pahlawan negeri tetapi juga tokoh guru agama dan pembesar negeri,” katanya.

Lagu lain tentang Pahang yang dihasilkan Noor Azman antaranya ‘Sungai Lembing: Sahmad Malaya 10 Ogos 1987’, ‘Semalam Di Kuala Pahang’ dan ‘Mudik Ke Hulu’.

Menariknya, komitmen Anak Kayan untuk memartabat­kan budaya kesenian negeri ini juga dapat dilihat apabila mereka tidak hanya menunggu tawaran persembaha­n tetapi turut menjadikan rumah Man Kayan di Kampung Permatang Badak sebagai platform merancakka­n usaha tersebut.

Hampir setiap minggu halaman rumah lelaki itu yang dihiasi dengan dekorasi unik gabungan barangan antik serta skrip filem Seniman Agung Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee di pelbagai pelosok, aktif dengan persembaha­n seni khususnya lagu rakyat Pahang disertai kebanyakan­nya orang muda di sekitar Pahang dan luar.

“Kami juga tampil kelainan menggayaka­n busana Melayu Pahang serta negeri lain dalam setiap persembaha­n dan pendekatan itu nampaknya berjaya dan kami tubuhkan Kelab Serindit Mati Tersepit pada 2018 yang memberi ruang kepada orang muda yang minat seni untuk turut serta.

“Selain itu, Anak Kayan kini dianggotai cucu saya paling muda berumur lima tahun dan boleh bermain gendang. Saya juga turut mengajar seni gendang Pahang kepada orang luar bagi memastikan warisan negeri ini tidak luput dimamah peredaran zaman,” katanya yang juga telah dianugerah­kan gelaran Adiguru Cendana Gendang Pahang pada 2022. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT SENDIRI: Man Kayan menjahit sendiri kesemua busana Melayu yang digayakan Anak Kayan setiap kali persembaha­n.
— Gambar Bernama BUAT SENDIRI: Man Kayan menjahit sendiri kesemua busana Melayu yang digayakan Anak Kayan setiap kali persembaha­n.
 ?? — Gambar Bernama ?? LEGASI: Man Kayan mendidik dua cucunya sebagai ahli baharu Anak Kayan untuk memastikan warisan negeri itu tidak dimamah zaman.
— Gambar Bernama LEGASI: Man Kayan mendidik dua cucunya sebagai ahli baharu Anak Kayan untuk memastikan warisan negeri itu tidak dimamah zaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia