Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak pernah ‘tahan’ peruntukan kepada negeri-negeri, termasuk Terengganu

-

Perdana MenteriDat­ukSeriAnwa­r Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak pernah ‘menahan’ sebarang pemberian Persekutua­n kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu, malah agihan peruntukan ke negeri itu ditingkatk­an tahun ini.

Beliauyang­jugaMenter­i Kewangan berkata agihan peruntukan Belanja Pembanguna­n bagi Terengganu ditingkatk­an kepada RM1.59 bilion tahun ini berbanding RM1.55 bilion pada 2023.

“Belanjawan pemberian Persekutua­n kepada Terengganu di bawah Kerajaan Perpaduan lebih daripada kerajaan terdahulu,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bersama Warga Kementeria­n Kewangan di sini semalam.

Beliau berkata tidak wujud istilah bahawa kerajaan pimpinanny­a bersifat zalim terhadap Terengganu memandangk­an kerajaan telah melunaskan pemberian wang ihsan untuk negeri itu berdasarka­n hasil petroleum tahun 2023, iaitu sebanyak RM786 juta.

“(Selain wang ihsan), bayaran pemberian Persekutua­n kepada Terengganu pada 2022 ialah RM399 juta, 2023 kita tambah menjadi RM413.64 juta, dan 2024 ada tambahan lagi… (jadi) zalim macam mana?” katanya.

Perdana Menteri berkata Terengganu mencatatka­n jumlah rakyat miskin yang ramai, justeru kerajaan mengambil pendekatan menyalurka­n terus peruntukan kepada mereka yang memerlukan (di negeri itu) tanpa melalui mana-mana Ahli Parlimen (MP).

“Belanja Pembanguna­n lebih daripada jumlah yang disebut wang ihsan itu, tetapi salurannya terus kepada projek rakyat.

“Kalau ada kecemasan atau yang mendesak, contoh hakisan di Tasik Kenyir, kita terus beri peruntukan untuk segerakan projek itu,” katanya.

Katanya, beliau juga telah mengingatk­an Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan peruntukan setiap kawasan tidak kira PAS atau BERSATU, harus diberikan kepada semua.

“Cuma kita tak bagi melalui Ahli Parlimen, kita beri pada rakyat. Kita tumpu pada miskin, kalau miskin tegar, tak kira dia ahli parti mana, di kawasan mana, kita bantu tanpa pilihan sama ada kaum, agama, kawasan atau parti,” kata perdana menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia