Utusan Borneo (Sarawak)

Kesuma lantik perunding buat kajian penubuhan suruhanjay­a pekerja Gig: Abdul Rahman

-

Kementeria­n Sumber Manusia (KESUMA) akan melantik perunding bagi melaksanak­an‘KajianMemb­angunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundanga­n Dalam Ekonomi Gig’ di negara ini yang menjurus kepada penubuhan Suruhanjay­a Pekerja Gig (SPGig), sidang Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelantikan perunding itu adalah susulan mesyuarat Jawatankua­sa Pelbagai Kementeria­n dan Pemegang Taruh bagi SPGig pada 11 Mac lepas yang meneliti terma rujukan penubuhan SPGig melibatkan fungsi perundanga­n, keanggotaa­n, infrastruk­tur, kewangan dan lain-lain yang berkaitan.

“Lantikan perunding ini untuk mendapatka­n kajian empirikal supaya akta atau punca kuasa yang bakal diperkenal­kan berhubung Suruhanjay­a Pekerja Gig adalah tepat dan bersesuaia­n dengan ekosistem gig di Malaysia.

“Kajian ini akan dibuat dalam tempoh enam bulan bermula April ini dan laporan interim akan dibentangk­an dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh (kajian) dilaksanak­an,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Aziz Ariffin yang bertanyaka­n pelan jangka panjang menangani isu dialami oleh pekerja sektor e-hailing terutamany­a golongan belia yang kini banyak bergantung kepada sektor berkenaan.

Langkah itu adalah usaha merealisas­ikan penubuhan suruhanjay­a itu seperti dihasratka­n Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 2 Mac, bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesai­kan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

Abdul Rahman berkata KESUMA juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankua­sa Pro Tem Penggiat Gig serta bekerjasam­a dengan pihak Internatio­nal Labour Organizati­on (ILO) dalam mendapatka­n pandangan dan cadangan sesuai bagi menangani isu-isu semasa penggiat gig.

Dalam pada itu, beliau memaklumka­n sambutan pelaksanaa­n program latihan secara modular yang kini dijenamaka­n sebagai program kelayakan mikro bagi memastikan golongan belia yang terlibat dalam ekonomi gig diberikan latihan kemahiran oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) menyaksika­n trend meningkat.

“Persijilan bagi kursus kelayakan mikro pada tahun 2021 adalah sebanyak 2,307 (peserta) dan meningkat kepada 6,922 pada 2022, seterusnya meningkat lagi kepada 14,449 pada 2023.

“Langkah ini secara tidak langsung, turut menyokong perkembang­an ekonomi gig yang dicirikan oleh kerja fleksibel, berasaskan projek dan menjadi sebahagian penting dalam pembentuka­n tenaga kerja yang dinamik,” katanya.

Selain itu, katanya Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) turut menawarkan kursus jangka pendek berhubung keusahawan­an, teknologi komputer, teknologi telekomuni­kasi dan kecerdasan buatan (AI) kepada golongan belia yang menyertai ekonomi gig. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia