Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan halang penjawat awam laksana tugas, kata Steven Sim

-

Semua pihak termasuk parti politik diminta tidak menghalang atau mengganggu penjawat awam yang menjalanka­n tugas mereka membuat siasatan dalam apa jua keadaan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Sumber Manusia (KESUMA) di sini semalam berkata sekiranya seseorang itu yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan, pihak berkenaan tidak perlu berasa khuatir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik PAS adalah aktiviti sukarelawa­n yang melibatkan ahli parti dan tidak membabitka­n aktiviti antara pekerja dengan majikan, dan ia bukan aktiviti perniagaan.

Dakwaan itu dibuat selepas tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaa­n berkanun terhadap PASTI selain Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam, yang didakwa membayar gaji rendah kepada petugas di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.

PASTI merupakan pusat pendidikan prasekolah yang dikelola oleh Jabatan PASTI di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sim berkata beliau berharap pihak terbabit faham bahawa apabila jabatan kerajaan memulakan siasatan, ia dibuat tanpa pilih kasih, atau tekanan mana-mana pihak.

“Apa yang kita buat ialah kita tidak pilih bulu, tiada antara dua darjat, tak kira syarikat swasta, kerajaan, atau parti-parti politik, kita tegas bahawa hak pekerja harus dijaga, gaji pekerja dia berhak (terima) waima pekerja asing.

“Fungsi kita ialah mempertaha­n hak pekerja dan dalam aspek ini untuk kita melaksanak­an tugas kita, saya ucap terima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM), mereka dah ambil inisiatif untuk bertindak atas aduan,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) di persidanga­n Dewan Rakyat baru-baru ini Sim berkata kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana majikan termasuk parti politik, dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggar­an hak pekerja.

Sementara itu Sim berkata kelmarin genap 100 hari kepimpinan­nya di KESUMA dan dalam tempoh itu, menurutnya pelbagai inisiatif dilakukan antaranya reformasi Mahkamah Perusahaan Malaysia, memperkena­lkan Program Insentif Latihan Amali (ILHAM), menegakkka­n hak pekerja terutama dari segi gaji dan memperluas perkhidmat­an-perkhidmat­an di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Steven Sim ketika (tengah) bergambar kenangan bersama warga kerja Kementeria­n Sumber Manusia (KESUMA) pada Perhimpuna­n Bulanan KESUMA di padang terbuka Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Steven Sim ketika (tengah) bergambar kenangan bersama warga kerja Kementeria­n Sumber Manusia (KESUMA) pada Perhimpuna­n Bulanan KESUMA di padang terbuka Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia