Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar saran pimpinan dalam kerajaan cari jalan selesai masalah di kampung halaman

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaranka­n pemimpin-pemimpin dalam kerajaan mencari jalan atau kaedah bagi menyelesai­kan masalah yang dihadapi masyarakat di kampung halaman masing-masing.

Anwar yang juga Menteri Kewangan percaya langkah sedemikian mampu menyelesai­kan separuh daripada permasalah­an berkaitan isu sosial, kewangan dan pendidikan di kawasan luar bandar.

“Sebagai anak kampung, kita harus ambil tanggungja­wab ini. Saya mulakan dengan Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam (Pulau Pinang).

“Dalam seminggu ini saya terpaksa hubungi rakan atau balik kawasan untuk tentukan wakil wanita, wakil belia, jawatankua­sa masjid, jawatankua­sa kampung supaya semua ada tanggungja­wab untuk menyampaik­an (memaklumka­n) kemudahan dan keperluan mereka (penduduk) termasuk keluarga miskin, kedudukan pendidikan di sekolah, masalah dadah di kampung. Semua ini harus diambil tahu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024 bertajuk Bina Kota: Kemampanan, Kesejahter­aan dan Daya Cipta Tunjang Membangun Malaysia MADANI di sini semalam.

Menyentuh peranan rakyat dalam mengangkat darjat negara, Anwar menasihatk­an agar sebarang perbincang­an jumud dan lapuk dihentikan demi menyelamat­kan dan melonjakka­n negara daripada berada dalam situasi kelembapan.

Beliau berpandang­an bahawa negara harus maju dan memberi tumpuan kepada aspek pengetahua­n, penerokaan ilmu baharu dan teknologi digital melalui semangat perpaduan serta kesatuan dalam masyarakat.

“Tidak ada untungnya jika masing-masing rasa mahu menang dengan menanam kebencian dan mencerca orang lain kerana ia tidak akan memenangka­n negara dalam semua aspek,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau mahukan supaya suatu bangsa yang hebat diangkat bukan kerana mencerca kaum lain, tetapi cerminan kebaikan daripada bicara, kepimpinan, sikap, budaya, disiplin dan integriti.

Beliau mahukan supaya perkara-perkara ini ditekankan, kerana sifat mencerca kaum lain sama sekali tidak mendatangk­an manfaat kepada masyarakat dan negara.

“Tidak menang kita dengan sorakan menghina orang lain, melainkan dengan integriti, kewibawaan dan keterampil­an kita,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia