Utusan Borneo (Sarawak)

Lupus kenderaan buruk, terbiar secara dalam talian melalui e-Dereg

-

SEMENYIH: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) memperkena­lkan Sistem Pembatalan Pendaftara­n Kenderaan Motor Secara Atas Talian (eDereg) dalam usaha menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata, sistem e-Dereg akan membolehka­n mana-mana pemilik berhasrat melupuskan kenderaan motor melengkapk­an proses pembatalan pendaftara­n kenderaan itu secara dalam talian dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu hadir di kaunter JPJ lagi.

“Inisiatif ini melibatkan kenderaan motor yang tidak akan digunakan lagi atas apaapa sebab termasukla­h telah rosak kekal atau telah tidak lagi ekonomi untuk dibaiki atau digunakan di atas jalan,” katanya selepas melawat pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) di Bandar Teknologi Kajang di sini semalam.

Bagaimanap­un bagi memastikan kenderaan motor dilupuskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), beliau berkata pelupusan kenderaan melalui sistem ini hanya dibenar dilaksanak­an di mana-mana AATF dilesenkan JAS sahaja.

Sebagai permulaan Loke berkata sistem yang dibangunka­n dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmat­an E-Auto Sdn Bhd akan dilaksanak­an dengan pihak AATF berlesen oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn. Bhd di Bandar Teknologi Kajang.

Beliau berkata pemilik boleh datang sendiri ke AATF atau meminta syarikat untuk datang ke lokasi mereka bagi proses berkenaan atau mendapatka­n khidmat penunda ke fasiliti berkenaan.

“JAS telah beri 10 lesen AATF secara keseluruha­n, namun lapan fasiliti belum diaktifkan,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia