Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo

Prabowo kelmarin diumumkan pemenang PILPRES Indonesia 2024

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pertama mengucapka­n tahniah kepada Presiden Indonesia baharu Prabowo Subianto yang diumumkan kelmarin sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden (PILPRES) Indonesia 2024.

Sambil mengucapka­n selamat maju jaya, Perdana Menteri menyatakan keyakinan bahawa Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan berterusan dan kemakmuran Indonesia.

“Saya telah menghubung­i Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaik­an salam tahniah atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai.

“Saya dimaklumka­n saya pemimpin pertama yang menyampaik­an ucapan tah- niah kepada beliau selepas

pengumuman keputusan rasmi PEMILU,” kata Anwar menerusi catatan di Facebook beliau.

Anwar berkata ia cukup bermakna kerana melambangk­an nilai persahabat­an antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga dekat serta penting.

Perdana Menteri berkata beliau dan Prabowo bertekad memperkuku­h hubungan dua hala mencakupi pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasam­a

rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutama dalam ruang lingkup ASEAN.

Pada Rabu, Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumka­n Prabowo-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden 2024.

Hasilrumus­anKPUmenun­jukkan Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah manakala dua lagi wilayah dimenangi pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar. — Bernama

Saya telah menghubung­i Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaik­an salam tahniah atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Warga kerja Kementeria­n Kewangan pada majlis perhimpuna­n bersama Anwar di kementeria­n itu, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Warga kerja Kementeria­n Kewangan pada majlis perhimpuna­n bersama Anwar di kementeria­n itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia