Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak perempuan kekal dilarang sertai sekolah menengah di Afghanista­n

-

Sekolah-sekolah di Afghanista­n dibuka untuk tahun akademik baharu kelmarin, namun kanak-kanak perempuan dilarang daripada menyertai sekolah menengah untuk tahun ketiga berturuttu­rut.

Pihak berkuasa Taliban melarang kanak-kanak perempuan daripada menyertai sekolah menengah pada Mac 2022, selepas kembali berkuasa pada 2021 dan menggunapa­kai undangunda­ng Islam dengan ketat, mengakibat­kan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabelkan ia sebagai “apartheid jantina”.

Pada pagi kelmarin, budak lelaki berpakaian seragam membawa bendera Taliban hitam dan putih ketika mereka berbaris di pintu masuk sekolah Amani di Kabul, di mana pegawai tempatan tiba untuk upacara permulaan tahun persekolah­an.

Tetapi Zuhal Shirzad, 18, remaja perempuan Kabul terpaksa tinggal di rumah apabila loceng sekolah berbunyi.

“Setiap tahun apabila abang saya pergi ke sekolah, saya berasa sangat kecewa,” katanya kepada AFP.

“Saya gembira untuknya tetapi sedih untuk diri saya sendiri,” katanya.

“Musim sejuk ini, abang saya sedang belajar dan

bersiap untuk peperiksaa­n kemasukan universiti,” tambahnya.

“Saya memandangn­ya dengan rasa putus asa dan berkata jika saya dibenarkan pergi ke sekolah, saya juga akan membuat persediaan untuk peperiksaa­n kemasukan universiti sekarang.”

Afghanista­n ialah satusatuny­a negara yang mengharamk­an pendidikan kanakkanak perempuan selepas sekolah rendah.

Kelas dalam talian telah dimulakan sebagai tindak balas kepada sekatan tetapi kekurangan komputer dan Internet, serta pengasinga­n

pembelajar­an melalui skrin, menjadikan ia langkah pengganti yang lemah untuk pembelajar­an secara bersemuka, kata pelajar dan guru.

Kementeria­n pendidikan mengumumka­n tahun persekolah­an baharu pada Selasa, sehari sebelum permulaan tahun baharu kalendar Afghanista­n, dan jemputan media secara jelas melarang wartawan wanita daripada membuat liputan majlis perasmian di sekolah Amani.

Universiti juga baru memulakan tahun akademik baharu, tetapi wanita telah ditegah daripada menghadiri­nya sejak Disember 2022.

Di bawah Taliban, wanita telah diasingkan daripada banyak aspek kehidupan awam. Salun kecantikan ditutup dan wanita dihalang dari taman, pesta ria dan gim.

Hak wanita masih menjadi penghalang utama kepada masyarakat antarabang­sa untuk mengiktira­f kerajaan Taliban, yang masih belum diiktiraf oleh mana-mana negara.

Misi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu di Afghanista­n (UNAMA) menyeru pihak berkuasa untuk “menamatkan larangan yang tidak wajar dan merosakkan ini”.

 ?? — Gambar AFP ?? HANYA LELAKI: Pelajar lelaki menghadiri kelas pertama selepas sekolah-sekolah di Afghanista­n dibuka untuk tahun akademik baharu kelmarin.
— Gambar AFP HANYA LELAKI: Pelajar lelaki menghadiri kelas pertama selepas sekolah-sekolah di Afghanista­n dibuka untuk tahun akademik baharu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia