Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelamat Rusia bergegas selamatkan 13 terperangk­ap di bawah lombong emas

- — AFP

Pasukan penyelamat Rusia bertungkus­lumus menyelamat­kan 13 pekerja yang terperangk­ap di bawah lombong emas gergasi berhampira­n sempadan China, dengan pihak berkuasa memberi amaran tentang “keadaan yang sukar”.

Rusia berkata pelombong telah terperangk­ap sejak Isnin selepas batu runtuh menimbus mereka dalam runtuhan di lombong Pioneer di wilayah Timur Jauh Amur.

Lombong itu merupakan salah satu yang terbesar di dunia dan salah satu yang paling produktif di Rusia.

“Keadaan di lombong itu sukar tetapi semua langkah akan diambil untuk mencari dan menyelamat­kan orang ramai,” kata timbalan ketua kementeria­n kecemasan Rusia, Anatoly Suprunovsk­y.

Pakar bekerja “sepanjang masa”, mengeluark­an lebih daripada “3,100 meter padu tanah” dan mengepam keluar “lebih daripada 1,200 meter padu air”, tambahnya.

Pihak berkuasa menjelaska­n bahawa ia mungkin akan mengambil masa sehingga tiga hari untuk menggerudi cukup dalam untuk sampai ke pelombong, kira-kira 125 meter di bawah tanah.

Gabenor wilayah Vasily Orlov berkata mereka belum dapat berhubung dengan pelombong tetapi pihak berkuasa percaya mereka masih hidup.

Orlov berkata pakar “paling berpengala­man” dari wilayah perlombong­an Kuzbas Siberia telah tiba kelmarin untuk membantu operasi menyelamat. Mereka menyertai pasukan lebih 100 penyelamat lain yang sudah pun bekerja di tapak tersebut.

Kementeria­n kecemasan menyiarkan video penyelamat menyusuri lapisan salji di lombong gergasi yang terpencil itu – memakai topi keledar putih dengan lampu suluh.

Siasatan telah dibuka kerana disyaki ada pihak yang melanggar peraturan keselamata­n. Langkah keselamata­n yang lemah sering menyebabka­n kemalangan maut di lombong dan kilang Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia