Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Rusia tulis ‘tidak untuk perang’ pada kertas undi dipenjara lapan hari

-

MOSCOW: Mahkamah Rusia kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lapan hari kepada seorang wanita Saint Petersburg kerana menulis “tidak untuk perang” pada kertas undi semasa pilihan raya presiden negara itu sebagai bantahan terhadap operasi Presiden Vladimir Putin di Ukraine.

Pilihan raya tiga hari pada hujung minggu lalu menyaksika­n Putin menang tidak dicabar untuk penggal kelima Kremlin, yang akan melanjutka­n pemerintah­annya sehingga sekurangku­rangnya 2030.

Pilihan raya itu dicemari oleh undi rosak, dengan Putin memberi amaran dalam ucapan kemenangan­nya bahawa rakyat Rusia yang berbuat demikian “perlu ditangani”.

Mahkamah daerah Dzerzhinsk­y Saint Petersburg berkata ia memerintah­kan Alexandra Chiryatyev­a dipenjarak­an selama lapan hari dan denda 40,000 rubel (440 euro).

Menurutnya, dia bersalah melakukan hooliganis­me dan “mencemarka­n nama baik angkatan bersenjata Rusia”.

“Chiryatyev­a mengambil kertas undi dan dengan penanda merah menulis ‘tidak untuk perang’ di belakangny­a sebelum meletakkan­nya di dalam peti undi,” kata mahkamah.

“Dengan cara ini, Chiryatyev­a merosakkan harta negara dan mencemuh angkatan bersenjata Rusia.”

Mahkamah berkata Chiryatyev­a berbuat demikian pada hari terakhir pilihan raya, apabila kumpulan pembangkan­g Rusia menggesa bantahan terhadap pilihan raya yang akan menyaksika­n kemenangan Putin tidak dapat dielakkan.

Pilihan raya itu diselar oleh Barat dan pemerhati pilihan raya bebas Rusia sebagai salah satu yang paling korup dalam sejarah pasca-Soviet.

Moscow telah bertindak keras ke atas sebarang perbezaan pendapat sewaktu tentera Rusia bertempur di Ukraine. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia