Utusan Borneo (Sarawak)

15 terbunuh dalam serangan hendap di Sudan Selatan

-

Lima belas orang, termasuk seorang pesuruhjay­a wilayah, maut apabila konvoi mereka diserang hendap di wilayah Pibor, di timur Sudan Selatan yang berhampira­n dengan sempadan Ethiopia, kata seorang pegawai kanan kelmarin.

Penyerang disyaki merupakan pemuda bersenjata dari etnik Anyuak dari daerah Pochalla yang telah menyerang hendap konvoi pada pagi Selasa, kata Abraham Kelang, menteri penerangan Kawasan Pentadbira­n Greater Pibor.

Pertelingk­ahan antara kumpulan etnik di Sudan Selatan kerap meletus – sering dicetuskan oleh perebutan lembu dan sumber asli, atau sebagai tindakan balas terhadap serangan sebelumnya.

Komuniti yang bertelagah di Sudan Selatan dipenuhi dengan senjata, selepas perang saudara lima tahun meletus pada 2013.

Konvoi itu hanya berjalan sejauh 10 kilometer apabila ia menjadi sasaran penembakan “yang mengakibat­kan pembunuhan pesuruhjay­a serta 14 yang lain”, kata Kelang.

Selain pesuruhjay­a daerah Jebel Boma, timbalan komander Angkatan Pertahanan Rakyat Sudan Selatan dan seorang wanita adalah antara yang maut.

“Kami mendapati pasukan yang menyerang hendap konvoi pesuruhjay­a itu merupakan Anyuak,” kata Kelang sambil menambah bahawa salah seorang penyerang telah ditembak mati.

Motif serangan itu tidak jelas.

Kelang menuduh seorang bekas pesuruhjay­a yang dipecat di daerah Pochalla telah mengupah kumpulan Anyuak tersebut.

Salah satu negara termiskin di planet ini walaupun rizab minyak yang besar, Sudan Selatan telah menghabisk­an hampir separuh daripada hayatnya sebagai sebuah negara dicengkam perang, dan juga telah mengalami bencana alam yang berterusan, kelaparan, krisis ekonomi dan konflik tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia