Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan maut selepas kapal tangki Korea Selatan terbalik di laut Jepun

- — AFP

Lapan orang maut selepas sebuah kapal tangki Korea Selatan terbalik di lautan bergelora Jepun kelmarin, kata pihak pengawal pantai.

“Mereka disahkan meninggal dunia di hospital,” kata jurucakap kepada AFP. Seorang lagi berada dalam keadaan tidak kritikal manakala dua lagi masih hilang.

Sebelum ini pengawal pantai mengesahka­n sembilan orang telah diselamatk­an dari kapal itu tetapi tidak memberikan sebarang butiran tentang keadaan mereka.

Kapal tangki bahan kimia itu membawa 11 orang termasuk dua warga Korea Selatan, lapan warga Indonesia dan seorang warga China.

Kapal tangki itu membawa 980 tan asid akrilik, namun tiada kebocoran dilaporkan, lapor agensi berita Kyodo Jepun.

Rakaman daripada berita Jepun NHK sebelum ini menunjukka­n kapal merah yang terbalik serta rakit penyelamat, ketika sebuah kapal pengawal pantai tiba dalam gelombang deras dan sebuah helikopter terbang di atas.

Kapal itu telah berlabuh semasa cuaca buruk berhampira­n pulau Mutsure, di luar pesisir barat daya Jepun, tidak jauh dari pelabuhan Kitakyushu.

Dengan ombak setinggi 3.5 meter, anak kapal memberitah­u pengawal pantai awal kelmarin bahawa kapal itu condong dan meminta bantuan, kata NHK.

Pengawal Pantai Jepun menerima panggilan menyelamat sejurus selepas jam 7 pagi Selasa mengatakan kapal itu “miring, tolong bantu kami”, kata jurucakap itu.

NHK menamakan kapal itu sebagai Keoyoung Sun, menurut laman sesawang pakar VesselFind­er ia merupakan kapal tangki bahan kimia dan produk minyak yang dibina pada 1996, berukuran 69 meter panjang.

Jepun dilanda angin kencang kelmarin dengan ombak tinggi dan ramalan salji lebat dalam beberapa hari akan datang, terutamany­a di sepanjang kawasan pergununga­n.

Angin berkelajua­n sehingga 126 kilometer sejam dijangka di beberapa kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia