Utusan Borneo (Sarawak)

Georgia hukum mati lelaki bunuh bekas teman wanita

-

Seorang lelaki Georgia yang disabitkan kesalahan menculik, merogol dan membunuh bekas teman wanitanya telah dijatuhkan dihukum mati kelmarin, hukuman mati pertama negeri selatan Amerika Selatan (AS) itu dalam tempoh lebih empat tahun.

Willie Pye, 59, dihukum mati dengan suntikan maut pada jam 7 malam di sebuah penjara di Jackson, Georgia.

Lembaga Pengampuna­n dan Parol Negeri menolak rayuan pengampuna­n saat akhir untuk Pye pada Selasa.

Dalam meminta pengampuna­n, peguam Pye berkata dia kurang upaya dari segi intelek – dengan paras IQ 68 – dan mengalami zaman kanak-kanak yang traumatik “kemiskinan yang tegar, pengabaian, keganasan berterusan dan huru-hara di rumah keluargany­a.”

Di samping itu, peguamnya berkata, Pye kurang diwakili dalam perbicaraa­n oleh “pembela awam yang rasis, terlalu banyak bekerja,” yang telah meninggal dunia.

Pye pertama kali dijatuhi hukuman mati pada 1996 kerana pembunuhan bekas teman wanitanya, Alice Yarbrough pada 1993.

Pada 2021, mahkamah rayuan membatalka­n hukuman mati Pye atas alasan dia telah diwakili secara tidak adil oleh peguamnya yang dilantik oleh mahkamah.

Hukuman mati kemudianny­a dikembalik­an.

Dua hukuman mati dijalankan di Amerika Syarikat tahun ini.

Pembunuh Kenneth Smith telah dihukum mati di Alabama pada Januari dalam hukuman mati pertama di negara itu yang dilaksanak­an menggunaka­n gas nitrogen.

Seorang lagi pembunuh yang disabitkan bersalah, Ivan Cantu, telah dibunuh di Texas dengan suntikan maut pada Februari.

Satu lagi hukuman mati dengan suntikan maut telah dijadualka­n di Idaho bulan lalu tetapi dihentikan selepas pasukan perubatan tidak dapat memasukkan talian intravena.

Hukuman mati telah dimansuhka­n di 23 negeri AS, manakala enam gabenor yang lain – Arizona, California, Ohio, Oregon, Pennsylvan­ia dan Tennessee – telah menangguhk­an penggunaan­nya.

Sejumlah 24 hukuman mati dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2023, kesemuanya dilakukan melalui suntikan maut. — AFP

 ?? ?? PYE
PYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia