Utusan Borneo (Sarawak)

Polis lumpuhkan sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara

-

Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar dadah menggunaka­n perkhidmat­an kurier di Bandar Mahkota Cheras di sini, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki berumur 33 hinga 44 tahun itu ditahan bersama 62.7 kilogram (kg) syabu pada jam 11 pagi, semasa berada di dalam sebuah kenderaan, selepas pasukan operasi menjalanka­n risikan selama hampir empat bulan.

Beliau berkata susulan soal siasat, pihak JSJN kemudianny­a melakukan satu lagi serbuan pada hari sama ke atas sebuah kondominiu­m mewah yang dipercayai dijadikan stor penyimpana­n dadah, dan merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis.

“Dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 332.443kg, pil ekstasi 15.7kg, pil erimin 5 seberat 8.1 kg dan 6.07kg serbuk MDMA. Ia dianggarka­n boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengaha­n tahun lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, semalam.

Kedua-dua keldai dadah ini bertindak sebagai penjaga stor penyimpana­n dadah, sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang menggunaka­n perkhidmat­an kurier, dan mereka diberikan komisen sekitar RM2,000 hingga RM3,000.

Khaw berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthak­an Harta) 1988 dan JSJN telah menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket ini, yang dianggarka­n bernilai RM38,000,” katanya.

Beliau berkata pihak JSJN sedang berusaha mengesan anggota rangkaian sindiket ini yang masih bebas terutama dalang utama, dan orang ramai yang maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurka­nnya kepada polis dengan menelefon hotline JSJN di talian 012-2087222 bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia