Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar ke Mahkamah Tinggi

Tarikh sebutan kes tersebut di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan setakat ini

-

IPOH: Mahkamah Majistret di sini semalam memerintah­kan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Disember tahun lepas, dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

MajistretS.Punithamen­geluarkan perintah itu selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz untuk memindahka­n kes melibatkan tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, ke Mahkamah Tinggi di sini.

Bagaimanap­un, tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Pada 18 Dis tahun lepas, Mohd Nazri yang berpangkat Deputi Superinten­dan Polis (DSP) didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Kes itu disebut semula semalam bagi proses melengkapk­an dokumen.

Terdahulu, Mohd Nazri yang memakai jaket hitam menutup kepala dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah dengan kawalan anggota polis kira-kira jam 9 pagi.

Tertuduh diwakili peguam Cindy Wong dan turut hadir peguam pemerhati bagi keluarga mangsa, Datuk Zamri Idrus.

Pada akhir tahun lepas, tular menerusi media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki, dilanggar dan diseret

oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampira­n SMK Jati di Meru, Ipoh

dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Mahkamah Majistret memerintah­kan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Dis tahun lepas, dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Mahkamah Majistret memerintah­kan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Dis tahun lepas, dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia