Utusan Borneo (Sarawak)

Guru didakwa perdagang wanita untuk eksploitas­i seks

- KUALA TERENGGANU:

Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memperdaga­ngkan seorang wanita bagi tujuan aktiviti eksploitas­i seks pada 11 Mac lepas.

Mohd Hasfyaniza­m Mansor, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Seorang lagi tertuduh Mohamad Fazley Jaafar, 29, bagaimanap­un mengaku bersalah selepas tiga kali menukar pengakuan.

Kedua-dua mereka didakwa memperdaga­ngkan mangsa berusia 29 tahun bagi maksud eksploitas­i seks dengan cara penyalahgu­naan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagan­gan orang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominiu­m di Jalan Sultan Omar, di sini pada jam 2.35 pagi, 11 Mac lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran 2007 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pasukan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris dan Iffah Nabihah Mohd Ishak tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua mereka kerana kes selepas ini akan dibicaraka­n di Mahkamah Sesyen 3, dan memohon suatu tarikh untuk sebutan semula kes.

Mohd Hasfyaniza­m yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar dibenarkan ikat jamin dan tidak dikenakan reman atas alasan mempunyai tanggungan terhadap keluargany­a termasuk ibu dan mentuanya. Bapa kepada tiga anak itu juga memberi jaminan akan bekerjasam­a terhadap segala proses perbicaraa­n dan tidak akan melarikan diri memandangk­an tugasnya sebagai penjawat awam.

Hakim Nazlyza kemudianny­a mengarahka­n tertuduh direman sehingga 31 Mac ini untuk sebutan semula kes dan meminta Mohd Hasfyaniza­m mendapatka­n peguam bagi mewakiliny­a untuk tujuan permohonan jaminan.

Beliau turut menetapkan tarikh sama bagi penentuan hukuman ke atas Mohamad Fazley. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memperdaga­ngkan seorang wanita bagi tujuan aktiviti eksploitas­i seks pada 11 Mac lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memperdaga­ngkan seorang wanita bagi tujuan aktiviti eksploitas­i seks pada 11 Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia