Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian

- PETALING JAYA:

Polis menahan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunk­an aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam serbuan pada jam 3.15 petang itu pihaknya turut merampas 94 komputer riba, 105 telefon bimbit, enam kenderaan mewah serta wang tunai berjumlah RM15,849.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu berdaftar sebagai sebuah syarikat teknologi maklumat yang menggajika­n semua individu terbabit sebagai pekerja teknologi maklumat untuk membangunk­an aplikasi judi bagi pasaran Thailand, Brazil, China dan Vietnam dengan menawarkan gaji antara

RM5,000 hingga RM20,000 sebulan.

“Kesemua 62 lelaki dan 22 wanita itu diyakinkan bahawa kerja mereka tidak menyalahi undang-undang. Polis percaya sindiket ini telah beroperasi sejak tiga tahun lepas di negeri lain dan berpindah ke sini sejak hujung tahun lepas,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Menurut Hussein sindiket berkenaan membangunk­an aplikasi judi Apexplay, Play168,168KJW, Betace dan Sealottlo untuk negeranega­ra berkenaan.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang berperanan sebagai pemilik syarikat berkenaan dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat.

“Semua individu berusia 23 hingga 43 tahun direman hingga esok (22 Mac) dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(A), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalanka­n, mengurus dan mempromosi platform berunsur perjudian,” katanya.

Dalam kes berlainan Hussein berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun di sebuah rumah di sini pada 15 Mac lepas kerana disyaki menjalanka­n aktiviti pengedaran dan penyeludup­an minuman keras.

Beliau berkata dalam serbuan pada 4.10 petang itu pihaknya telah merampas 13,087 botol dan tin pelbagai jenis minuman keras tanpa cukai dianggarka­n bernilai RM500,000.

Menurut Hussien kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Hussein Omar (tengah) menunjukka­n barang rampasan dalam sidang media berhubung penahanan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunk­an aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, Isnin lepas.
— Gambar Bernama TUMPAS: Hussein Omar (tengah) menunjukka­n barang rampasan dalam sidang media berhubung penahanan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunk­an aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia