Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sepanyol geledah RFEF, serbu kediaman Rubiales

Operasi itu sebagai sebahagian siasatan terhadap dakwaan kes rasuah melibatkan Kejohanan Piala Super Sepanyol

-

MADRID: Polis Sepanyol mengeledah ibu pejabat persekutua­n bola sepak Sepanyol (RFEF) dan kediaman bekas presiden, Luis Rubiales antara lokasi lain sebagai sebahagian siasatan ke dalam dakwaan rasuah dan jenayah lain, menurut sumber kehakiman pada Rabu.

Menurut media Sepanyol, operasi itu adalah sebahagian daripada siasatan mahkamah mengenai kontrak yang ditandatan­gani oleh Rubiales untuk membawa Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi.

Kontrak ditandatan­gani itu bernilai 40 juta euro setahun dan diatur bersama syarikat bekas pemain bola sepak Sepanyol, Gerard Pique, Kosmos, sebagai orang tengah.

Operasi melibatkan pencarian di beberapa lokasi di seluruh Sepanyol dan juga ibu pejabat RFEF di Las Rozas, di pinggir Madrid, dan hartanah Rubiales di Granada, walaupun Rubiales ketika ini berada di luar Sepanyol.

Rubiales meletak jawatan sebagai presiden pada bulan September selepas secara

paksa mencium pemain bola sepak wanita, Jenni Hermoso, berikutan kejayaan

skuad bola sepak wanita Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita di Australia

pada bulan Ogos, menyebabka­n kritikan di seluruh dunia.

Polis bertindak dalam “satu siasatan berkaitan dengan kemungkina­n jenayah dikaitkan dengan rasuah dalam perniagaan, penipuan pentadbira­n dan penggubaha­n wang haram,” kata sumber kehakiman.

Sumber berkata bahawa tujuh tangkapan dijangka akan dilakukan dalam operasi dan juga lima yang lain disiasat, sementara 11 rumah telah digeledah.

Media Sepanyol berkata tiada tangkapan dibuat di ibu pejabat RFEF, di mana pasukan kebangsaan bola sepak lelaki berkumpul untuk menjalani latihan menjelang perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Colombia pada Jumaat ini dan menentang Brazil pada Selasa depan.

“Saya tidak tahu tentang operasi polis, kami berlatih seperti biasa,” kata penjaga gol Sepanyol, David Raya.

Piala Super Sepanyol berlangsun­g buat kali pertama di Arab Saudi pada 2020.

Selepas edisi berikutnya kembali dianjurkan di

Sepanyol kerana pandemik COVID-19, tiga lagi edisi perlawanan itu dianjurkan di Arab Saudi.

Pendakwa raya Sepanyol membuka siasatan pada 2022 ke dalam perjanjian Piala Super selepas rakaman audio di antara Rubiales dan Pique bocor di mana mereka bercakap tentang komisen bernilai beberapa juta.

Rubiales sentiasa mempertaha­nkan kesahihan perjanjian untuk membawa Piala Super ke Arab Saudi.

“Jika ada sebarang bentuk komisen, Kosmos akan mendapatka­nnya dari Arab Saudi - persekutua­n belum dibayar, tidak membayar dan tidak akan membayar satu euro pun dalam bentuk komisen kepada sesiapa pun untuk perjanjian ini,” kata Rubiales pada 2022.

Pique, bekas pemain pertahanan antarabang­sa Sepanyol dan kelab Barcelona, berkata pada bulan April 2022 “segala-galanya sah dari sisi undang-undang,” dan juga dia “bangga” dengan perjanjian itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CARI BUKTI: Wartawan menunggu diluar pejabat RFEF yang digeledah oleh pihak polis Sepanyol bagi menjalanka­n siasatan di Las Rozas de Madrid.
— Gambar AFP CARI BUKTI: Wartawan menunggu diluar pejabat RFEF yang digeledah oleh pihak polis Sepanyol bagi menjalanka­n siasatan di Las Rozas de Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia